Harini dah masuk hari ke 3 `umar demam.
Selalunya nak dengar suara `umar menangis amat la payah melainkan bila dia lapar.
Tapi dah 3 hari ni asyik menangis nangis especially waktu malam.
Suhu badan dia tinggi.
Selsema teruk.
Kesian anak mama.
Ye la, umur `umar baru je 45 hari tapi dah lasak lasak keluar rumah sampai ke tngah malam.
Penat dari perjalanan jauh dari Kelantan belum habis dah keluar rumah sampai tengah malam.
Maybe `umar kena embun malam.
Sebelum ni saya seorang yang bercita-cita tinggi.
Nak kerja sampai dapat duduk di kementerian pelajaran malaysia.
Nak sambung belajar sampai dapat PHD.
Tapi, first time dalam hidup, saya rasa nak berhenti kerja nak sangat sangat jadi seorang housewife.
Beruntungnya jadi housewife, dapat jaga anak dan suami sepenuhnya.
Dapat melihat anak membesar di depan mata setiap saat.
Malam peertama sebelum `umar demam dia tidur sepanjang malam.
Hinggakan ssaya kejut untuk nyusu pun dia tak nak.
Malam ke 2, dia mula tak tidur sepanjang malam.
Dan saya, as a mother, saya tak tidur sepanjang 24 jam . Kalah rekod zaman stay up masa belajar dulu.
Ni gambar hari ke 2 `umar demam.
Hari yang suhu badan dia mula naik tinggi.
Hari yang sama saya perlu ke sekolah untuk sppbs.
Saya dah bawa adik ke Nilai untuk tolong jagakan umar sepanjang saya ke sekolah.
Tapi di sebabkan umar demam, saya batalkan niat untuk ke sekolah.
Baru saya faham perasaan cikgu perempuan yang selama ini susah nak attend program sekolah semasa anak sakit.
Ni gambar `umar masa di Klinik An-Najihah.
Selalunya dia takkan duduk macam ni, nak berdiri je.
Kali ni walau abah dia angkat suruh berdiri pun dia tak nak.
Moga anak mama cepat sembuh.
Budak kuat dan comel macam umar mesti sentiasa ceria ye sayang.


No comments:
Post a Comment