Tuesday, August 27, 2013

Langkawi 2013 ( Part 1 )

Actually percutian ke Langkawi adalah percutian yang sangat sangat tak dirancang.
Saya dah tanya en suami awal awal lagi dia ada plan ke untuk cuti sekolah.
Katanya dia sangat sibuk,so dia cadangkan supaya saya pulang bercuti di Kelantan.




Tiba tiba je en suami call bagitau nak bawak saya dan umar bercuti.
Cuma destinasi dia tak sure lagi. 
Mula la kami berbincang dari kejauhan destinasi, transport dan hotel.
Last last, en suami cakap tak pe, dia dah urus.
Suprise katanya.



Ok. Malam tu mama Umar naik flight dari KB ke KL.
Sampai di Nilai terus packing baju untuk ke Langkawi.
Pagi pagi lagi seawal jam 4 pagi, kami bergerak ke aiport.



Mukadimmah panjang betol.
Saya tak terfikir Langkawi sebab saya dah pergi dulu dan macam malas je nak pergi tempat yang kita dah pernah pergi.
Tapi en suami yakinkan saya bahawa Langkawi is the best place untuk short vacation camni.
OK.


First time saya naik flight bersama en suami.
hehehe
Saya nampak dia sangat excited bila dapat bawa isteri dan anak bercuti.
Terima kasih sayang.







Setibanya kami di Langkawi, terus call orang kereta.
Kereta yang kami sewa sebenarnya milik anak angkat mak.
Kawan baik arwah adik saya dulu merupakan pegawai polis di IPD Langkawi.
Sonang je sebab airport hanya 3-4 minit je dari IPD tu.
Kalau tak, melayang la beratus2 ringgit semata mata untuk sewa kereta.
( ok. save budget kami.hehe)


 Inilah kereta yang kami sewa.
Vios putih.



Kami sampai di airport jam 8 pagi.
Hotel pulak hanya boleh check in selepas jam 3 petang.
Perghhh
Tension kejap sebab baru plan sampai je nak mandikan `Umar tukar baju, rest jap dan jalan jalan.
Terpaksa tukar plan serta merta.
Kami pergi cari tempat breakfast area Pantai Cenang.




Lepas breakfast, jalan jalan cari pelampung untuk Umar.
Mama umar macam biasa la semangat nak main pool.
hahaha




Destinasi pertama kami ialah Telaga Tujuh.
Tempat ni tak sesuai untuk ibu mengandung, untuk orang orang tua, juga untuk orang muda yang tak kuat stamina.
Pendakian punya la tinggi.
Abah Umar lagi la dengan dukung Umar lagi.
Boleh kena parkinson lutut.hahaha
Kami tak daki sampai atas.
So, tak tahu la cemana bentuk telaga tujuh tu.
Kami cuma daki sampai ke tempat air terjun tingkat 1.
Tingkat 1 tu pun naik menggeletar kepala lutut.
Apa lagi, dah berpeluh panjat bukit, nampak air terjun terus terjun.





 



 

Balik dari Telaga Tujuh kami singgah di Pantai Cenang untuk pekena Laksa Langkawi.
Memang best sebab mengadap pulau.
Air pulak biru je.
Perkena lak Laksa dengan air kelapa memang heaven.
Terus lupa masalah kerja yang bertimbun di sekolah.







Actually masa ni tak de mood lagi nak snap gambar sebab sangat sangat penat.
tak sabar nak ke hotel, mandi, tukar baju and rest je.
Tepat jam 3, kami menuju ke hotel untuk check in.
Nanti saya update pasal hotel tempat kami menginap.

Simpanan Raya Abah &Umar


Yeaa2ayyy dapat tabung.

Actually dah lama plan nak ke Tabung Haji untuk buka akaun abah umar and Umar,
Akhirnya dapat gak cari masa lepas raya haritu.
Sebelum duit raya Umar terguna, baik cepat mama umar masukkan kat tabung haji.
Mama umar dah ada akaun sejak kecil lagi sebab tok bah umar dah bukak akaun untuk kami adik beradik sejak kecil lagi.
So,haritu bukak akaun untuk abah umar dengan umar je.
Alhamdulillah, kami sekeluarga dah lengkap ada akaun Tabung Haji.
Moga Allah jemput kami menjadi tetamuNya.
Amin.
Banyak kelebihan simpan di Tabung Haji jika nak banding dengan tempat lain.So,kepada ibu bapa di luar sana, bukalah simpanan tabung haji untuk anak anak anda. 
Published with Blogger-droid v2.0.10Y

Saturday, August 24, 2013

FAMILY

Keluarga ialah satu ikatan yang takkan putus.
Walau hubungan itu berakhir dek kerana hati manusia, namun darah yang mengalir tetap sama.
Ya Allah, moga silaturrahim ini sentiasa berkekalan. Amin
Published with Blogger-droid v2.0.10

Mohd Syafique Kamal

True Love is when you falling in love again and again with the same person.
yup...
I'm falling in love with you again and again everyday.
Tq suamiku atas segalanya.
Tq Allah atas kurniaan tak terhingga dalam hidup ku dan Umar.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Alahai Mata

Mata masih segar bugar di saat suami dan anak sedang lena.
badan cukup penat.
otak sangat serabut 1 2 minggu ini.
orang orang sekeliling sangat menyesakkan.
terlalu banyak di fikiran hingga benci pada dunia sekeliling.
kasih sayang, ikatan kekeluargaan, iri hati, busuk dan hasad dengki semua bercampur baur..
hanya pada Allah mampu merintih dan mengadu.
Tak semua kita boleh luah bila setiap inci kata akan disalah tafsir.
Setiap perbuatan ikhlas juga dimatikan dengan salah sangka..
Moga Allah leraikan kekusutan.
Moga Allah tunjukkan kebenaran.
Moga Allah tetapkan imanku dan tingkatkan keinsafan ku.



ps: betapa bahagianya hidup mama sejak kehadiran 'umar.
Published with Blogger-droid v2.0.10



Saturday, August 3, 2013

PERIOD PAIN

Orang kata lepas kawen hilang senggugut.
Tapi aku senggugut juga..
Orang kata lepas bersalin senggugut hilang,
Tapi harini hari pertama period selepas 10bulan melahirkan umar, aku diserang senggugut yang amat sangat.

Mode: Frust bile period datang bulan puasa. Lagi frust bila lepas bersalin pun still ada senggugut.huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, August 1, 2013

Terapi Diri

Tiap kali bangun tidur, tengok ruang tamu bersepah dengan mainan 'Umar membuatkan aku tersenyum sendiri.
Ya..inilah ubat terbaik yang sangat membahagiakan.
Kalau dulu pantang rumah bersepah,rasa nak makan je orang yang tak tahu susun balik barang barang.
Sekarang barang barang yang bersepah ni mampu membuatkan sebuah senyuman terukir.
Anak mama makin membesar.
Sedang explore banyak benda untuk dipelajari setiap hari.
Published with Blogger-droid v2.0.10