Tuesday, August 27, 2013

Langkawi 2013 ( Part 1 )

Actually percutian ke Langkawi adalah percutian yang sangat sangat tak dirancang.
Saya dah tanya en suami awal awal lagi dia ada plan ke untuk cuti sekolah.
Katanya dia sangat sibuk,so dia cadangkan supaya saya pulang bercuti di Kelantan.




Tiba tiba je en suami call bagitau nak bawak saya dan umar bercuti.
Cuma destinasi dia tak sure lagi. 
Mula la kami berbincang dari kejauhan destinasi, transport dan hotel.
Last last, en suami cakap tak pe, dia dah urus.
Suprise katanya.



Ok. Malam tu mama Umar naik flight dari KB ke KL.
Sampai di Nilai terus packing baju untuk ke Langkawi.
Pagi pagi lagi seawal jam 4 pagi, kami bergerak ke aiport.



Mukadimmah panjang betol.
Saya tak terfikir Langkawi sebab saya dah pergi dulu dan macam malas je nak pergi tempat yang kita dah pernah pergi.
Tapi en suami yakinkan saya bahawa Langkawi is the best place untuk short vacation camni.
OK.


First time saya naik flight bersama en suami.
hehehe
Saya nampak dia sangat excited bila dapat bawa isteri dan anak bercuti.
Terima kasih sayang.







Setibanya kami di Langkawi, terus call orang kereta.
Kereta yang kami sewa sebenarnya milik anak angkat mak.
Kawan baik arwah adik saya dulu merupakan pegawai polis di IPD Langkawi.
Sonang je sebab airport hanya 3-4 minit je dari IPD tu.
Kalau tak, melayang la beratus2 ringgit semata mata untuk sewa kereta.
( ok. save budget kami.hehe)


 Inilah kereta yang kami sewa.
Vios putih.



Kami sampai di airport jam 8 pagi.
Hotel pulak hanya boleh check in selepas jam 3 petang.
Perghhh
Tension kejap sebab baru plan sampai je nak mandikan `Umar tukar baju, rest jap dan jalan jalan.
Terpaksa tukar plan serta merta.
Kami pergi cari tempat breakfast area Pantai Cenang.




Lepas breakfast, jalan jalan cari pelampung untuk Umar.
Mama umar macam biasa la semangat nak main pool.
hahaha




Destinasi pertama kami ialah Telaga Tujuh.
Tempat ni tak sesuai untuk ibu mengandung, untuk orang orang tua, juga untuk orang muda yang tak kuat stamina.
Pendakian punya la tinggi.
Abah Umar lagi la dengan dukung Umar lagi.
Boleh kena parkinson lutut.hahaha
Kami tak daki sampai atas.
So, tak tahu la cemana bentuk telaga tujuh tu.
Kami cuma daki sampai ke tempat air terjun tingkat 1.
Tingkat 1 tu pun naik menggeletar kepala lutut.
Apa lagi, dah berpeluh panjat bukit, nampak air terjun terus terjun.





 



 

Balik dari Telaga Tujuh kami singgah di Pantai Cenang untuk pekena Laksa Langkawi.
Memang best sebab mengadap pulau.
Air pulak biru je.
Perkena lak Laksa dengan air kelapa memang heaven.
Terus lupa masalah kerja yang bertimbun di sekolah.







Actually masa ni tak de mood lagi nak snap gambar sebab sangat sangat penat.
tak sabar nak ke hotel, mandi, tukar baju and rest je.
Tepat jam 3, kami menuju ke hotel untuk check in.
Nanti saya update pasal hotel tempat kami menginap.

No comments: