Monday, September 9, 2013

Langkawi 2013 ( Part 2 )









Part 2 tentang percutian di Langkawi ialah pasal tempat penginapan kami.
Mama Umar lak jenis nak sangat hotel yang ada pool untuk mandi mandi.
So, tak boleh lah abah Umar nak cut cost untuk hotel.
Dah nama pun nak relax kan, so kena cari hotel yang selesa.


Kami menginap di Aseanna Hotel.
Terletak kat area Pantai Cenang dan dekat je dengan airport.
Hotel ni dari segi swimming pool dia memang saya bagi 6 stars!
Memang superb!
Sebab ada pool ala ala pantai siap dengan ombak.
Ada pool siap dengan air terjun buatan yang turun dari bukit.
Siap ada bbq tepi pool lagi.
Memang A++









Ni kolam pantai tiruan. So kat sini ada ombak ala ala laut gitu.hihih


Bilik dia kureng.
hahaha
Sebab dengar dengar tengah renovate.
So, siapa yang dapat bilik baru di renovate memang best gile.
Hotel ni ada gym, ada spa, ada kedai jual ole2...
Jarak nak ke pantai hotel juga dekat dan anda boleh jalan kaki je.




Kami ambil pakej sekali dengan breakfast.
Breakfast sangat sangat la banyak menu.
So, saya bagi A++ lagi sebab menu yang di hidangkan memang best.
Kalau nak tapau pun dia tak perasan sebab saya siap tapau lagi untuk makan tengah hari kot kot la lapar atas kereta kan.
hahaha
Tak senonoh kan!


Cafe lak terletak depan swimming pool mengadap bukit dan air terjun.
Memang tenang sangat sangat.
Betol betol rasa tengah holiday.





Tips untuk memilih hotel semasa bercuti :

1. Book hotel online sebab kalau kita walk in memang harga gila berbeza
2. Lagi bagus jika boleh booking tiket flight pakej sekali dengan hotel. Lagi jimat berbaloi baloi. Pandai pandai la korang compare harga yang di sediakan.
3. Kalau nak book hotel di Langkawi, make sure pilih di area Pantai Cenang. Sebab situ je yang happening rasanya. Sebab kalau kat pekan kuah hanya nak shopping boleh la. Pekan tu macam bosan je bagi aku.hihihi



Thursday, September 5, 2013

Met Hot Mummy

Semua orang tahu yang Wyeth buat event di Alamanda.
Vip jemputan of course la angkasawan negara.
Tapi saya tak teruja pun nak jumpa Dato SM, saya ke sana sebab nak jumpa his wife, Dr Halina.


Selama ni follow  blog Dr Halina sebab banyak cerita pasal anak anak.
So,dengan semangatnya saya ajak en suami ke Alamanda.
Nasib baik En suami memang pantang weekend kalau tak kemana mana.
Sampai je di Alamanda terus ke tempat event.
Seronok sangat dapat jumpa Dr Harlina sebab dia sangat cantik,sweet,lemah lembut dan sangat sangat humble.
Ramah sangat..


Bila tiba part nak jumpa SM memang susah sebab ramai sangat orang depan pentas.
Tiba tiba je ada pengumuman 'siapa ada resit boleh naik bergambar dengan Dato SM'
Aku yang ngam ngam baru lepas beli susu untuk diri sendiri dengan semangatnya angkat tangan tunjuk resit.hahahaha
Dapatlah aku bergambar dengan Dato SM walau orang ramai gila.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, September 4, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Umar now know how to kiss when we say 'umar,kiss mama'. 'umar,kiss abah'...
siap dengan air liur lagi...aiyaakk...
Kadang kadang siap gilir gilir lepas kiss mama,kiss abah pulak.
Happy 11 months my son.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, September 1, 2013

Before and After

Sebelum ni ruang untuk mainan umar kosong je.
Ada 1 bakul yang penuh mainan.
Bakul yang selalu sepah sepah sampai mainan terkeluar keluar.
Tiba tiba abah umar belikan khemah ni.
Boleh la mama umar sumbat dan sorokkan mainan umar dalam ni.
Takde lah nampak bersepah sangat kan.hahahah
Lagipun khemah ni boleh di lipat dan sesuai untuk di bawa aktiviti outdoor.
Kalau esok esok umar da tak nak main,kita lipat simpan dalam kotak je kan.hihiho
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, August 27, 2013

Langkawi 2013 ( Part 1 )

Actually percutian ke Langkawi adalah percutian yang sangat sangat tak dirancang.
Saya dah tanya en suami awal awal lagi dia ada plan ke untuk cuti sekolah.
Katanya dia sangat sibuk,so dia cadangkan supaya saya pulang bercuti di Kelantan.




Tiba tiba je en suami call bagitau nak bawak saya dan umar bercuti.
Cuma destinasi dia tak sure lagi. 
Mula la kami berbincang dari kejauhan destinasi, transport dan hotel.
Last last, en suami cakap tak pe, dia dah urus.
Suprise katanya.



Ok. Malam tu mama Umar naik flight dari KB ke KL.
Sampai di Nilai terus packing baju untuk ke Langkawi.
Pagi pagi lagi seawal jam 4 pagi, kami bergerak ke aiport.



Mukadimmah panjang betol.
Saya tak terfikir Langkawi sebab saya dah pergi dulu dan macam malas je nak pergi tempat yang kita dah pernah pergi.
Tapi en suami yakinkan saya bahawa Langkawi is the best place untuk short vacation camni.
OK.


First time saya naik flight bersama en suami.
hehehe
Saya nampak dia sangat excited bila dapat bawa isteri dan anak bercuti.
Terima kasih sayang.







Setibanya kami di Langkawi, terus call orang kereta.
Kereta yang kami sewa sebenarnya milik anak angkat mak.
Kawan baik arwah adik saya dulu merupakan pegawai polis di IPD Langkawi.
Sonang je sebab airport hanya 3-4 minit je dari IPD tu.
Kalau tak, melayang la beratus2 ringgit semata mata untuk sewa kereta.
( ok. save budget kami.hehe)


 Inilah kereta yang kami sewa.
Vios putih.



Kami sampai di airport jam 8 pagi.
Hotel pulak hanya boleh check in selepas jam 3 petang.
Perghhh
Tension kejap sebab baru plan sampai je nak mandikan `Umar tukar baju, rest jap dan jalan jalan.
Terpaksa tukar plan serta merta.
Kami pergi cari tempat breakfast area Pantai Cenang.




Lepas breakfast, jalan jalan cari pelampung untuk Umar.
Mama umar macam biasa la semangat nak main pool.
hahaha




Destinasi pertama kami ialah Telaga Tujuh.
Tempat ni tak sesuai untuk ibu mengandung, untuk orang orang tua, juga untuk orang muda yang tak kuat stamina.
Pendakian punya la tinggi.
Abah Umar lagi la dengan dukung Umar lagi.
Boleh kena parkinson lutut.hahaha
Kami tak daki sampai atas.
So, tak tahu la cemana bentuk telaga tujuh tu.
Kami cuma daki sampai ke tempat air terjun tingkat 1.
Tingkat 1 tu pun naik menggeletar kepala lutut.
Apa lagi, dah berpeluh panjat bukit, nampak air terjun terus terjun.





 



 

Balik dari Telaga Tujuh kami singgah di Pantai Cenang untuk pekena Laksa Langkawi.
Memang best sebab mengadap pulau.
Air pulak biru je.
Perkena lak Laksa dengan air kelapa memang heaven.
Terus lupa masalah kerja yang bertimbun di sekolah.







Actually masa ni tak de mood lagi nak snap gambar sebab sangat sangat penat.
tak sabar nak ke hotel, mandi, tukar baju and rest je.
Tepat jam 3, kami menuju ke hotel untuk check in.
Nanti saya update pasal hotel tempat kami menginap.

Simpanan Raya Abah &Umar


Yeaa2ayyy dapat tabung.

Actually dah lama plan nak ke Tabung Haji untuk buka akaun abah umar and Umar,
Akhirnya dapat gak cari masa lepas raya haritu.
Sebelum duit raya Umar terguna, baik cepat mama umar masukkan kat tabung haji.
Mama umar dah ada akaun sejak kecil lagi sebab tok bah umar dah bukak akaun untuk kami adik beradik sejak kecil lagi.
So,haritu bukak akaun untuk abah umar dengan umar je.
Alhamdulillah, kami sekeluarga dah lengkap ada akaun Tabung Haji.
Moga Allah jemput kami menjadi tetamuNya.
Amin.
Banyak kelebihan simpan di Tabung Haji jika nak banding dengan tempat lain.So,kepada ibu bapa di luar sana, bukalah simpanan tabung haji untuk anak anak anda. 
Published with Blogger-droid v2.0.10Y

Saturday, August 24, 2013

FAMILY

Keluarga ialah satu ikatan yang takkan putus.
Walau hubungan itu berakhir dek kerana hati manusia, namun darah yang mengalir tetap sama.
Ya Allah, moga silaturrahim ini sentiasa berkekalan. Amin
Published with Blogger-droid v2.0.10