Saturday, January 18, 2014

Gunung Lang, Ipoh .

Destinasi wajib yang perlu di kunjungi bila datang ke Ipoh iaitu Gunung Lang.
Selama ni saya dengar cerita dari kakak saya saja tentang kecantikkan tempat ni sampai berkali kali saya ajak abah umar untuk ke sini.
Akhirnya dapat juga saya tengok keindahan Gunung Lang di depan mata.





Terletak hanya 5 km dari Lost World Of Tambun.
And hanya beberapa km dari bandar Ipoh.
Just exit tol Ipoh, terus ada signboard ke Gunung Lang.
Terletak berdekatan stesen minyak Shell.





Gunung Lang ni orang kata macam permata tersembunyi ipoh.
Sebab kita nampak dari jalan raya macam gua batu kapur biasa je.
Bila masuk je ke kawasan dia, still nampak biasa lagi.
Tapi bila masuk tempat beli tiket, terus nampak tasik hijau yang sangat sangat cantik!
Terus terasa nak ambik gambar wedding kat sini.hahaha





Tiket untuk naik bot RM 3 untuk dewasa.
RM 1.50 untuk kanak kanak dan warga emas.
Cuma....
Waktu naik bot akan berhenti seketika waktu lunch dan di buka semula jam 1.30 pm.
Tapi korang jangan percaya sangat dengan janji orang kerja kerajaan ni...hahaha
Kitorang tunggu dari jam 12, jam 2.30 baru buka.
OK!
Bila baca komen dari bloggers lain, ramai yang mengalami nasib sama.






Perjalanan naik bot tak sampai 10 minit pun.
Kita akan ke pulau kecil.
Kat situ ada taman rekreasi, mini zoo, replika rumah orang orang melayu , ada menara untuk tengok pemandangan dan ada air terjun buatan.
Bayangkan keindahannya.
Ni orang tak profesional ambil gambar kalau betol profesional memang terserlah keindahan tempat ni.








 Family photo sebelum naik bot.
 Kat tepi kolam ikan

 Masa ni abah umar dah tak de mood nak bergambar sebab umar dah comot comot makan kek.
Den tak kira, ekau ada mood ke ekau tak de mood den tetap nak amek gambar.
1 day, you will thank me for this photo capture.
hahaha

 Gambar dari menara  ( ni den amek dari image google)





Tuesday, January 14, 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Pemandangan dari bilik di pagi hari.
Nyamannnnn sekali!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 9, 2014

Azam Lagi? Lagi-lagi Azam?

Selain azam nak kurangkan kegiatan di FB, saya ada lagi 1 azam untuk tahun 2014.
Rajin masak!
Atau lebih tepat lagi rajin masak breakfast and lunch!
Konon tahun baru ni nak lunch dulu before ke sekolah.
Tapi macam susah je.
Sebab nak masak sambil urus umar pagi pagi sangat memenatkan.
Lepas tu nak kena siap barang umar, siapkan umar, siapkan barang mama untuk ke sekolah.
OK.
Awal awal lagi azam ni dah terkubur bila sepanjang 10 hari di bulan Januari ni tak pernah lagi mama Umar masak lunch.
Breakfast baru 3x which is nasi lemak, nasi goreng and roti bakar.
OK.
Missin failed!

Saturday, December 28, 2013

Menghitung Hari

Hanya tinggal beberapa hari lagi nak bukak sekolah.
Maka berakhirlah musim berehat rehat untuk mama umar.
Jasad memang rehat tapi minda?
Hati tak tenang.
Moga ni tahun last mama umar kat sekolah tu.
Dah jumpa sekolah baru dengan harapan mama umar lebih bahagia dan semangat kat tempat  baru.
Hidup sekejap je, buat apa nak hidup kat tempat kita tak happy kan.
2014l
Year to move on.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Craving

Seriously I'm craving for this.
First time makan masa kt Korea.
Tak de rasa megi langsung sebab dia pakai sos sendiri.
Simple menu.
Megi,spaghetti, telur rebus, sayur, fish cake , and tteokbokki sejenis makanan korea yang diperbuat dr tepung beras.
Sempat lagi tanya SIL kat Malaysia ada tak.
Katanya ada kat KLCC tapi tak sure rasa sama tak.
En suami....jom jalan jalan cari makan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, December 26, 2013

Mulut manis @#$×£ pahit

Kalau kat kelantan memang glamer perumpamaan ni,
Mulut Manis Jubo Pahit.
Hohoho
Ni sesuai untuk orang yang bermuka muka.
Depan baik, tapi kat belakang mengata macam macam.
Itulah manusia yang sibuk dengan hal orang, busy body dan penuh hasad dengki.
Tapi sedarkah anda, orang macamni Allah takkan pernah bagi dia ketenangan hati.
Sebab tu dia asyik tak puas hati dengan semua orang.
Moga Allah jauhkan aku dan keluargaku dari sifat sebegini dan orang orang sebegini.
Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Breastfeed Mother

Yeay...
Sometimes breast feeding memudahkan.
Sangat dan amat memudahkan.
Saya belum pernah rasa ke hulu hilir dengan termos air panas, dengan bekas susu, dengan botol susu dan segala macam persiapan untuk buat susu anak.
Bila nak jalan jalan je, bawa badan.
Anak nak nyusu, saya selak je baju.
( OK. A little bit kuno la sebab sekarang ada macam macam shawl untul cover masa menyusu kan. Tapi saya cover dengan tudung je )



Tapi dalam kesenangan direct breastfeed anak ni, ada waktu baru saya sedar ia amat la sukar.
Tak de la sukar mana.
Cuma kena sabar sikit.




( Along & Acik terpaksa stop tunggu Umar isi minyak dulu dalam suhu yang sejuk )



Contohnya masa saya ke korea.
Musim sejuk.
Pakai baju 3 lapis tambah lak dengan 1 jaket tebal bulu bulu.
Aiyaaaa
So, ko ingat senang nak selak macam tu jaket tebal tu.
Tiap kali umar nak nyusu, jenuh kena buka jaket.
Dah la suhu sejuk gila capai  negatif 8.
Bila umar dah merengek nak susu, kena bukak jaket, selak lak baju yang berlapis lapis tu...mak ai seksanya.
Kalau macam tu lagi senang bawa ebm siap siap dalam botol.
Tapi kalau travel berejam jam, macam saya keluar pagi balik malam ebm pun tak tahan.
So, memang direct breast feed juga yang senang.
Cuma agak leceh pada waktu dan tempat tertentu.