Saturday, January 31, 2015

54 kg

Ok.
Mama umar dah capai berat 54kg.
Tapi tak nampak pun berisi.
Tang lain yang naik.
Masa umar dlu berat sampai 50.3kg je kalau tak silap.
Kan best kalau dapat maintain berat camni sampai bila bila.

Operasi Kemas rumah

Niat dihati nak kemas rumah time raya cina.
Tapi risau lak kalau dah tak larat sangat dah time tu.
Tibe2 je harini rajin.
Tapi start kemas bilik dulu .
Nanti dah dekat2 due kemas sikit2 je...tak de la penat sgt.


Tadi start dengan cuci langsir.
Lap rail langsir.
Vacum segala celah almari dan rak.
Lap habuk atas almari dan celah katil.
Dan ubah sikit kedudukan brg2 dalam bilik.
Bagi nampak luas sikit bilik.
Fuuuuhhh rasa bilik bersih dari sebarang habuk.
Hehehe


 Lantai basah baru mop.
Baju baju yang banyak2 bgantung tu akan di kurangkan.
Bagi yang basic je kat situ.
 Actually ni bilik tetamu kt bawah.
Tapi setakat ni, ini la bilik kami sebab tak ready lg nk duduk tgkat atas.

Baju abg umar terpaksa mama keluarkan letak dalam bakul sebab nak jimat tak nak beli rak lagi.
Baju baby semua dalam rak abg umar.


Setakat ni la dahulu persiapan kecil kecilan mama umar.
Janji bilik dah ready and baju2 baby semua dah cuci.
Cuti raya cina nanti tak de la penat sangat nak kemas kemas.

Saturday, January 10, 2015

Kid's Dough

Ok fine.
Mainan ala budak budak pompuan kan.
Jangan silap, dough ni bagus untuk perkembangan otak budak budak.
Sebab tu kalau budak lemah , ada teknik pengajaran guna dough.


Kali ni tiba tiba je umar mintak nak dough.
Dia tak tahu pun apa itu dough.
Yang dia tahu kat kotak tu ada buat ice cream.
Abahnya layankan aje.

Ni ice cream nye station.

Kusyuk umar.
1st time tengok dia fokus buat sesuatu sampai 1 jam.
Lama kan.

Hasil pertama umar.
Tapi bila anak kecik main ni kena pantau betol betol sebab umar sendiri dekat 2 3 kali gak nak makan benda ni.
Dia tengok macam aiskrim btol.
Kaler pun menarik je.
Nasib baik sempat tengok.
And lagi 1, mama kena rajin layankan buat buat makan bila aiskrim dia siap.huhuhu

Friday, January 9, 2015

Belajar bersama Mama

Mama dah lupa umar ni dah besar.
Bila mama nak buat kerja , umar pun sibuk sangat.
Last last mama yang hangin.
Asyik cakap "umar, gi main car. Mama nak buat kerja ni"
Semalam baru mama umar tersedar yang dari duk suh umar gi main jauh jauh, baik ajar umar buat kerja sama sama.
Sambil main umar boleh belajar.
Hello... anak bujang mama dah 2 tahun 3 bulan tau!!!

Gambar kat ats tu permulaan.
Main cut je kertas kosong suruh umar tampal.
Seronok sangat dia bila dah pandai guna gam dan tampal.
Bila dah siap berlari lari tunjuk kt abah.Lepas tu datang balik kat mama cakap "amek gambar umar"...hahaha

Mama umar makin excited lak bila tengok.
Mula la bagi tugasan mencabar sikit.
Suruh umar tampal ikut shapes.
Sepatutnya tampal ats gambar, tapi mana la budak kecik nak reti kan.
Yang dia reti nampak sama,letak dekat bentuk yang sama.
Ape ape pun, tahniah anak mama sebab betul semua.
Nanti mama frame kan hasil kerja pertama umar ni ye!!!

Guru Kelas

Macam biasa bila masuk tahun baru guru kelas mula sibuk mencantikkan kelas.
Dasar sekarang, 1st day sek semua murid kena terus belajar.
Berbeza dengan zaman kita kecik dulu, 1st day sek tak belajar.
Masa tu la nak cari meja, bawak kain buruk untuk lap meja.
Cikgu cikgu akan bagi tugas untuk hias kelas.
Semua murid murid buat sendiri.


Budak sekarang sangat beruntung.
Datang sekolah , meja kerusi semua dah ready.
Tak perlu lap pun .
Datang leh terus duduk.
Cikgu dah siap siap lap semua.


Tak ketinggalan mama umar.
Nak tak nak kena hias kelas.
Dan semestinya cikgu cikgu memang tak de masalah untuk hias kelas.
Masalahnya,ialah semua mesti guna duit sendiri.
Ramai cikgu sanggup berabis duit untuk kelas.
Macam mama umar ni kedekut sikit.
Sebab bagi mama umar dahla segala peralatan mengajar kita guna duit sendiri, yang lain tu kalau sekolah tak provide tak de nye nak kuar duit.
So...harap sangat anak murid dapat hargai .


Ni la kelas mama umar.
Huhuhu
Tak de selera kan tengok.


Sebab ada cat lebih kat rumah.
Mama umar guna je cat yang ada.
Kalau tak buat semak je dalam toilet.

Umar amek gambar mama.
Dah siap.
Abaikan colour yang tak ceria sangat tu sebab guna cat yang ada.
Janji dinding tak de la buruk cam tadi kan.
Tq umar sebab jadi bodyguard mama and peneman setia mama sepanjang cuti sekolah.

Tuesday, January 6, 2015

Welcome 2015

Alhamdulillah di beri kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk melangkah ke satu lagi tahun baru.
2014 berlalu dengan penuh rahmat dan rezeki dari Allah.
Thanx you Allah.



Untuk tahun 2014, bermula dengan kami sekeluarga di kurniakan rezeki untuk masuk ke rumah sendiri.
Memang cita cita setiap orang yang bkerja dan berkeluarga, malah yang bujang skalipun untuk memiliki rumah sendiri.
Syukur, segala urusan di permudahkan.
Maka bermula la kehidupan kami dengan keluarga kecil kami di rumah baru di Sendayan.

Tahun 2014 juga kami menerima kedatangan ahli keluarga baru iaitu kereta baru abah umar.
Hehehe
Semua tu rezeki Allah bagi.
Alhamdulillah, kereta besar sikit ni banyak berjasa pada kami sekeluarga.
Senang nak angkut barang.
Senang nak jalan ramai ramai.
Kalau family tangkak atau kelantan datang, senang angkut 1 kereta je kalau nak ke mana mana.




Tahun ini juga abah umar di naikkan pangkat sebagai seorang Manager.
Dan bermula la episod bahagia kehidupan kami bila abah umar hanya kerja 5 hari 1minggu.
Kalau dulu kena kerja sampai sabtu.
Gilir gilir sabtu ni kerja, sabtu depan cuti.
Alhamdulillah, naik pangkat, naik gaji.
Mama umar yang excited bile gaji abah umar naik.
Ye la mama umar kerja gomen je. Naik tak banyak kalau gomen ni. Swasta skali naik sampai 1k lebih. Gluuuuppp.....
Mama umar tak payah cite la tiap tiap tahun naik gaji RM250 kalau tak silap.
Gov servant katakan...naik pun x banyak. Tapi syukur la tiap tiap tahun ada kenaikkan kan.
Orang kata, jangan fikir sangat pasal duit, rezeki tu ada Allah dah tentukan.
Cuma macamana kita manage duit kita ke jalan yang di redhai.
Belanja skit gambar orang naik pangkat.
Gambar lama kasi nampak muda skit.hehehe






Tahun ni juga Allah bagi rezeki double kat mama umar.
Dulu kerani potong bisp yang tak sepatutnya di potong lagi.
Siap kena bayar balik.
Dekat 1k lebih mama umar rugi.
Memang la bisp akan di tarik balik.
Tapi masa kerani tu potong adalah belum lagi masa yang sepatutnya.
Dan bisp mengikut pekeliling tak perlu bayar balik.
Bila gaduh gaduh ngan kerani, boleh pulak dia keluarkan ayat " kita potong dulu. Nanti ko apply balik. Ala..nanti bisp kena potong jugak"
Mama umar antara guru bi yang malang sebab dah kena potong awal awal dan kena bayar balik.
Ada cikgu siap call ppd dan ppd sendiri cakap belum kena potong dan tak perlu bayar balik.
Sebenarnya mama umar tak kesah pun pasal bisp. Sebab tak effect pun gaji tak de bisp.
Tapi cara orang berurusan dengan kita tak de hormat langsung.
Dengan mimik muka.
Dengan ayat menyindir dan pedas.
Kadang geram nak cakap "eh eh ko ni sape nak berlagak sangat"....
Tapi nasib baik mama umar ni jenis yang "lantak kau la"....
Panjang lak cite pasal bisp.
Bila mama umar lepas ujian CPT, dapat C3 , rezeki Allah bagi tiba tiba je kerajaan umum untuk bagi ganjaran sebanyak 3k.
Masa ambil ujian tak de pulak cakap akan dapat duit.
Bila di fikir fikir, mama umar yang tak pandai bi ni, dapat rezeki jatuh dari langit rasanya sebab mama umar pernah dianiaya dulu.
Huhuhuhu 




Walau perlbagai rezeki dan rahmat Allah turunkan, tahun 2014 juga kami di uji bila 1 family warded kerana denggi.
Paling getir bila abah mama umar masuk wad.
Selama ni abah orang yang paling kuat dalam hidup kita sejak kecil.
Bila abah sendiri yang sakit dan tak dapat urus keluarga, 1 perasaan jauh dalam hati kita akan rasa.
Sedih.
Sebak.
Bila mama umar offer nak drive hantar abah ke hospital, abah angguk saja.
Selama ni mama pernah mama umar drive, abah duduk tepi.
Memang nampam sangat abah tak larat masa tu.
Alhamdulillah, semua family mama umar sembuh dari denggi.
Pengalaman ni 1 keluarga serentak kena denggi memang sangat terkesan dalam diri mama umar.
Tq pada en suami yang sangat sangat memahami dan banyak memabntu.




Panjang lak merapu pasal 2014.
Tibe tibe kering idea.
Untuk 2015, mama umar harap Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga, 
Kebahagiaan yang berkekalan,
Jauh dari masalah keewangan dan masalah hati manusia...
Dan semoga dapat berubah ke arah yang lebih baik....

Wednesday, December 31, 2014

Kemas barang baby


Ni gambar semalam.
Mama umar kemas barang barang dalam stor.
Bila tiba part keluarkan barang barang masa umar baby dulu, mula la umar tak keruan.
Semua baju baby dia nak pakai.
Basikal zaman dia baby dulu pun dia nak keluarkan.
Baju sejuk tu beli masa nak gi korea, umur umar baru 1 tahun.
Aisshhhh...
Umar nak jadi baby balik ye.