Monday, May 18, 2015

Travel dalam PANTANG

Masa Ulya berusia 20 hari saya pulang ke Kelantan dengan menaiki flight.
Actually this is unplanned .
Saya plan nak habiskan 40 hari di Sendayan baru pulang ke Kelantan.
Yup.
Saya yakin saya boleh handle anak2 dalam pantang dengan bantuan suami.
Malah saya lagi senang dan selesa berempat di rumah kami.
Kami kami aje.
Yang penting saya tak nak susahkan sesiapa lagi2 mak saya sebab saya tahu mak saya tak sihat.





Tapi mana2 ibu kat dunia ni naluri dan keinginan nya sama.
Nak jaga anak perempuan nya pantang.
Betol tak?
Saya sendiri pun dah ada niat nak jaga anak perempuan saya pantang supaya tak jadi macam saya.huhuhu
Sebab ibu kita pun pernah bersalin dan berpantang.
Mereka sangat tahu macamana susahnya berpantang.
Macam mana nak kena jaga betol betol masa pantang.
Senangnya pantang dengan ibu ialah tak perlu cakap apa kena buat , dan kadang kadang belum lagi kita nak,semua dah tersedia.
Kalau pantang dengan suami kena cakap 1 1 sebab lelaki mana tahu apa kena buat,apa kita rasa, apa yang sepatutnya.
Tapi bestnya pantang dengan suami kita tak segan nak ape ape dan boleh manja lebih sket kan.hehehe





Pendek cite, mak saya tiba tiba je datang Sendayan tanpa bagitau saya pun.
Punya la dia datang senyap senyap sebab saya dah banyak kali call cakap jangan sape2 datang dah sihat saya akan balik.
Sebelum datang mak pos adik saya dengan alasan suruh jaga Umar.
Hahahah
Sekali lagi plan saya nak berempat je di rumah tergendala.
Bukan apa, bila ada orang lain di rumah saya mula la nak fikir makan minum orang.
Sedangkan adik saya boleh masak bagai.
Memang jenis saya, ada orang je kat ruMh nak kena siap makan.
Saya kesian kalau orang lapar di rumah saya.
Hahaha
Tapi syukur bila adik saya ada, sedikit sebanyak dapat kurangkan beban saya dan suami.



Bila mak datang saya mula tak senang .
Tak senang sebab fikir abah sorang sorang kat rumah.
Tak senang sebab mak tidur sorang2 atas lantai kat ruang tamu.
Tak senang sebab mak jaga saya, tapi abah tak de untuk jaga mak.
Selalu pagi2 abah dah siap beli breakfast untuk mak.
Macam macam buat saya tak senang sebab kesian kat mak .
So, suami pun cadangkn untuk saya pulang ke Kelantan sebab kesian kat mak.
Book tiket.
Genap 5 hr di SendayN, saya dan mak pun pulang ke Kelantan.




Saya kuat.
Saya kan bersalin normal.
Ala naik flight 45 min je.
Fine.
Berlagak nak mampus masa tu.




Dah tahu KLIA 2 besar.
Tapi tak sangka dalam dia pun besar .
Dan selama dalam pantang jalan jalan dalam rumah and pergi klinik je.
Ni jalan punyela jauh.
Sampai 1 saat saya dah rasa kaki saya sejuk.
Dan saya rasa macam nak pitam.
Sekali lagi saya fail untuk pantang betol betol.
Kononnya ambil iktibar anak 1st xdpt pantang betol2, anak 2nd nak pantang betol2.
Tapi kadang kala kita kena bekorban untuk sesetengah orang dengan doa agar Allah kurniakan kita kesihatan yang baik.
Itula, orang pantang nampak je sihat tapi hakikatnya.



Alhamdulillah Ulya tidur je.
Umar je duduk atas riba sebab takut .

Muka pucat.
Tq mom.
Sob sob sob.
Hanya seorang ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.
Walau mak saya tak sihat,dia sembunyikan segalanya hanya untuk jaga saya.
Walau tak sihat, dia buat buat sihat takut saya risau.
Moga Allah menyayangi ibu saya selamanya.




Travel with 2 kids

2 minggu lepas saya dan suami kembali ke rumah kami setelah 1 bulan saya berpantang di Kelantan.
Agak berdebar sebab ni 1st time nak travel lebih kurang 10jam dalam kereta.
Macam macam saya fikir.
Syukur sebab baby 'Ulya dah tak meragam macam dalam pantang.



Mula mula kami discuss waktu nak mula perjalanan.
Sebab saya lagi expert bab ragam anak anak pada waktu tertentu, so saya suggest pada suami untuk memulakan perjalanan sekitar jam 3 ptg.
Kenapa bukan gerak awal pagi? Area 5 6 7 pagi?
Sebab pagi anak anak saya selalu bangun awal dan aktif.
Matahari pun akan mula panas jam 9pg.
Dengan anak kecil, saya tak nak ambil risiko travel cuaca panas.



Kenapa pukul 3?
Sebab saya tak nak waktu malam kami berada di jalan yang sunyi.
In case apa apa jadi.
So kalau jam 10 11 malam still ok.
Lagipun jam 3ptg, matahari dah mula turun.
Cuaca panas pun kejap.


So...
Bermula la perjalanan kami.
Bateri pump dah ready sebab terpaksa pump dalam kereta.
Baby Ulya nak botol.
Tak nak direct feed.
Bekas siap dengan alas plastik ready sebab umar selalu muntah dalam kereta.
Towel kecil, bantal and toto pn angkut sekali.
1 je saya tak prepare ialah air panas.
Selalu umar tak mintak susu.
Kali ni dia mintak susu lak.
Terpaksa mama dengan abah stop kat kedai makan and mintak air panas.
Pengajaran, lepas ni kena bawa termos dah kalau nak jalan jauh.
Hehehe


 Mula mula jalan abg umar dah tidur.hehehe...syok plak tidur atas comforter selimut ngan kain sarung abah eh...
Adik ulya nasib baik behave sangat sangat.

Then bila abang umar bangun, adik lak tidur.


Alhamdulillah jam 11malam kami sampai di Sendayan.
Perjalanan lancar.
Umar tak muntah.
Ulya tak meragam. Tidur je sepanjang jalan. Bangun untuk nyusu je.
Mama sempat pump susu untuk standby ulya nyusu setiap 2jam.
Waktu maghrib suami dah pasang siap siap cd bacaan ayat quran takut ulya meragam.
Alhamdulillah ulya tidur pada waktu maghrib.





Next entry saya share pengalaman naik flight dalam pantang bersama baby Ulya dan abg Umar.

Monday, May 11, 2015

Throwback

Gambar tu masa saya preggy 9 months..
Mana perut???hihihi
Mama umar pregnant kali ni banyak sorok perut masa bergambar..campur dengan memang jenis tak nampak perut sangat.
Actually masa ni main bowling geng geng RATNA.
seronok pregnant kali ni sebab kekal aktif dan sihat sampai ke waktu deliver.
Cemana sakitnya bersalin, orang pompuan ni tak serik kn.

Wednesday, May 6, 2015

Aktiviti Umar di Kampung

1 bulan balik kampung sempena mama umar cuti bersalin.
Seronok sangat sebab dapat bagi kebebasan kat umar untuk main puas puas.
Selama di Sendayan, permainan Umar terhad untuk indoor saja.
Mana tak nya, mama umar balik keja mesti dah pukul 7 malam baru sampai rumah.
Yang ada hanya weekend je.



Masa kat kampung tiap tiap petang mesti umar main basikal.
Lari sana sini.
Round round wb dengan motor tok bah
Tepat 6.30 tok bah akan ajak umar main air pancut.
Hahaha
Itu la aktiviti tok bah sepanjang umar kat kg.


 Kalau kt kg,mama umar memang rest sangat sangat sebab ramai tukang jaga.
Tok bah...tok ma...che long..che su..abe su..che la..che cah...che ya...
Mama umar goyang kaki je.
Hehehe


 Hah berpampers je.
Mama umar tak de la jenis nak anak sentiasa kemas je, pakai elok je.
It's not me.
Mama umar suka anak anak bebas membesar dengan cara kampung.
Tak payah nak 'kekwat' sangat nak anak sentiasa pakai siap kemas je.
Zaman kanak kanak anak2 kita, jangan kita rampas dengan membesarkan mereka dengan cara skema.
Ni aktiviti tengok beruk panjat pokok kelapa.
Excited sangat abang umar.


 Ni aktiviti wajib moyang umar bila cucu dan cicit balik.
Buat aiskrim malaysia beramai2.
Macam macam perisa.
Yang tak tahan, semua teruja dan tak sabar nak makan.
Kejap kejap bukak peti.


 Main bola.
Sebab tok mek banyak cucu lelaki, ni la aktiviti bagi kanak kanak lelaki.
Lepas lari kejar kejar keliling rumah, main bola.
Yang rimas, umar jenis tak pandai share mainan.
Asyik nangis dan mengadu je.
Aissshhh rimas mama umar.


 Aktiviti wajib lepas tok bah balik masjid.
Tapi umar nye fokus kejap je.
Tak sampai 10min.
Hehehe
Ni semua orang suka.
Mama umar masa kecik kecik sampai la ke tua bangka ni suka mandi kt luar rumah bila balik kg.
Belum lagi bila hujan lebat, beramai ramai mandi.




Tuesday, April 14, 2015

Nama idaman

Mama umar dah niat nama bg nama Maryam untuk baby girl.
Tapi hajat tak kesampaian.
Walau dah suggest kat abah umar, macam dingin je.
Hahahah




Even masa tengah teran bersalin pun terbayang mariam susah melahirkan di padang pasir.
Hebat tak penangan nama maryam?
Kadang2 kalau ulya meragam, terdetik lak sebab tak bagi nama Maryam ke??
Errrkkk..





InsyaAllah, jika ada rezeki baby girl lagi, mama umar nak jugak letak nama Maryam.
Amin.


Oh 'Ulya

Break the rules????


Before this saya ada rules dalam membesarkan anak,
Antaranya no puting... no buai..
Alhamdulillah umar betjaya ikut rules mama.



Tapi...
Untuk ulya, mama macam kena break the rules.
Buai ok lg, puting ni macam berat sangat.
Waaaaaaa



So far, saya still bertahan sebab ulya boleh tidur nyenyak tanpa buai.
Tapi bab meragam masyaAllah sampai mama surrender.
Bukan hari hari tapi hari tertentu.
Dia akan start mersgam nak dukung start maghrib sampai kul12 mlm.


Mungkin ulya ni nak kena bagi puting????
Setakat ni abah umar suruh tunggu dulu sampai 3 bulan sampai mama umar habis cuti.
Kalau still tak berubah, baru perkenalkan puting.
Mana tau ulya akan diam dan tak melalak.




Hahahaha
Bab kata abah umar setiap anak berbeza.
Mama umar sanggup break the rules asalkan sape sape yang jaga ulya nanti tak penat dengan kerenah ulya.
Abah umar sampai cakap kalau anak jenis meragam and melalak sangat dia suruh mama umar amek cuti 1 atau 2 tahun untuk jaga anak.
Weeeeeeee....




Peluang cerah untuk cuti lama.
Tak pe.
Tak yah pk jauh sangat ke depan.
Yang penting harini.
Rezeki ada je di mana mana.
Kalau cuti 1 2 tahun, mama umar nak baby lg la tahun depan...Terus jaga 2 baby kan....
Abah umar, i know you read this..,
Cmne?
Heheheh


Wednesday, April 8, 2015

Trobek!!!




tengok balik folder lama.

Banyak gambar kami bertiga.
Family kecil kami dulu.
Semua gambar abg umar kat tengah.
Lepas ni kat mana posisi abg umar???
Heheheh
Mesti sorang dgn abah, sorg dgn mama.

























Sekarang baby 'ulya dah ada dalam gambar.