Thursday, November 5, 2015

kesukaan saya!

Alhamdulillah akhirnya siap kc rumah.
Sukaaaaa sangat!!!
Banyak banyak part, ni la part paling saya suka.
Akhirnya ada tempat nak letak benda2 yang boleh menyemakkan kabinet.
Sekarang ni main susun susun je dulu.
Tak de masa lagi nak shopping bekas yang cantik2.

Walau dah 2 minggu kc siap...
Rumah still bersepah.
Bukan senang nak kemas barang dapur.
Sampai en suami dan sound lamanya kemas rumah tak siap2.
Hello...
Barang berhabuk semua kena cuci.
Tunggu kering lagi.
Jangan ada tetamu datang mengejut sudah...
Hihihi


Tengok fm kat peti pun sepah2 .
Lepas lap peti haritu nak susun fm cantik2 pun tak de masa.


Thursday, October 8, 2015

Kitchen Cabinet

After 2 weeks...
Baru siap pasang konkrit and tiles,
Kabinet katanya lagi 2 weeks.
Waaaaaaa
Lama nya lagj nak duduk dalam keadaan bersepah.
Ruang tamu penuh barang2 dapur.
Huhuhu....



Nasib baik ko ni Poh Seng.
Terkenal dengan kerja kemas.
Kalau tak mau den mengamuk.
Booking je 2 bulan.
Huhun

HAPPY BIRTHDAY ABG 'UMAR

Abg Umar kesayangan mama dah masuk 3 tahun.
Alhamdulillah Allah kurniakan abg umar kesihatan yang baik serta bertambah bijak.
Paling mama suka sekarang kalau lambat jawab soalN abg umar, dia akan cakap
 " jawablah umar tanya ni"....
Hahaha
Walau kadang2 kita dah jawab " aah..," or " ye"...
Tu tak di kira menjawab soalan.hihih


Macam tahun tahun sudah, mama bukanlah seorang yang fanatik pada hari jadi.
Even my own birthday, I dun take it serious untuk plan nak celebrate mana or nak jalan mana.
Atau mungkin sebab kami suami isteri macam hari hari jalan or macam every weekend je mesti ada check in mana mana melainkan ada program sekolah.


Cuma birthday abg umar kali ni mama beli kek besar skit.
Ada lilin bodoh bodoh je.
Ada tulis nama abg umar.
Sebab abg umar dah faham birthday.


Insyaallah bila abg umar dah sekolah.
Dah ada ramai kawan.
Baru kita beli kek cantik.
Guna lilin cantik.
Henehen


Happy birthday 'Umar Mukhtar Wazif Harraz yangke 3.
Semoga membesar dengan sihat.
Doa mama, semoga umar menjadi hafiz suatu hari nanti.
Amin.

Saturday, October 3, 2015

Gambar Raya2015

Finally dapat gak upload gambar raya 2015.
Walau en suami pakai baju tak sama.
Masa raya puasa ramai member sekolah tanya nape saya tak upload gambar raya 1st tahun ni.
Hehehe


Sebabnya saya tak suka dengan lighting kamera adik ipar saya.
Tak nampak kaler sebenar baju and muka.
Baju abah umar and umar nampak sangat terang.
And muka masing memang tak warna sebenar.
Hahaha poyo btol mama umar ni.


Raya puasa tahun ni post gambar raya ke 3 je .
Tapi masa tu dah tak pakai baju raya.
Siap cakap ngan en suami, balik sendayan nak buat balik photoshoot raya.
Tapi sebab bz, and malas nak iron baju, niat tergendala.


Tapi alhamdulillah 
....
Benda tak dirancang.
Dapat gak kami bergambar dengan baju raya walau en suami silap bawak balik baju,
Nasib baik still match.
Maafkan je la sebab lelaki memang begitu.
Hihihi

Cite pasal baju raya pun panjang,
Emmmmm

Thursday, October 1, 2015

A short update

Hello...
Just a short update.
Sekarang rumah kami sedang buat kitchen kabinet.
Banyak benda kami kena jimat untuk beberapa bulan ni semata mata nak kumpul duit untuk realisasikan kitchen kabinet kami .
Design biasa je.
Kalau nak idaman  betol, 20k pun tak cukup kan.
Hehehe



Selepas 1 minggu, ni la hasil.


Dan..
Dalam 1 minggu ni ruamh kami macam tongkang pecah je.
Hari hari kena mop sebab habuk.
Duduk pun berkurung dalam bilik je.


Thursday, June 25, 2015

FAMILY



...Kami ...

Ramadhan 2015

Alhamdulillah di beri peluang untuk menyambut bulan mulia ni lagi.
Tahun ni Ramadhan yang super duper busy buat saya.
Sejak GST, sejak ahli keluarga bertambah amat terasa la beban kenaikkan harga barang.
Baru sehari gi bazar ramadhan, terus dah tak sanggup untuk ke bazar lagi.
Harga makanan melampau lampau mahalnye.
Mahal ok kalau kuantiti dan kualiti ok.
Ni sup RM6, bersamaan 1 senduk sup.errrkkk
Kepak ayam kecik RM3.
Murtabak biasa tak sedap langsung rm3.50.
Air yang hanya ada kaler je,rasa tak de langsung RM2 sebungkus.
Huhuhuh
Terus bagitau en suami, tahun ni nak masak.





Bermula la kembali misi memasak .
Setakat ni alhamdulillah masih kekal hanya sekali saja ke bazar.
Walau en suami jenis berbuka dengan makanan ringan dulu, den dah ajar en suami buka terus dengan nasi.
Hahaha



Meh share antara menu masakkn mama umar sepanjang 1 minggu puasa.
Abaikan masakkan kosong tanpa sebarang hiasan.
Saya mula masak jam 6 ptg. Tak suka masak dari pagi sebab macam tak feel je makan makanan yang di panaskan untuk buka.
So, en suami makan je la apa yang ada he.
Hehehe

 Ayam bakar.
Menu bakar wajib ada dalam list.
Mula mula nak buat nasi lemak dengan ayam goreng berempah.
Ntah nape tibe2 malas, tak jadi nasi lemak.
Ayam yang nak goreng di bakar.
 Sambal bilis wajib.
Ni sambal beli.
En suami beli dengan jiran.
Sebab dah ada sambal ni la terbantut untuk buat nasi lemak.

Daging cicah kicap, menu wajib raya haji orang kelantan.
Gulai kerutuk ayam.
Nampak kosong je kan gulai tanpa hiasan.
Tak payah hias, bukan makan pun hiasan.
Zaman sekarang semua kena jimat.
 Gulai udang.



dessert simple yang tak  berapa cantik.
Hahaha
Ko ingat ape??kul 6 balik sek baru nak bersilat masak, bersilat dengan anak lagi.
Janji boleh makan.
Agar agar milo.
Sepatutnya nampak 2 lapis susu dan milo, tp sebab lapisan 1st tak sempat keras elok  dan tuang lapisan ke 2...
Agar agar pun tak cair elok.
Lambat pulak agar2ni.
Cari penapis tak jumpa. So biar je la..
Express sangat kan.

 Gulai kambing.


Cocktail.
Walau makan di rumah, kena pelbagaikan.

So hoon ..
Hahaha kosong gile.
Tak letak kentang sebab den memang tak makan kentang.
Ok la..kenyang and sedap jugak.

Nampak tak menu mostly gulai.
Senang masak gulai ni.
Sedap kot gulai aku masak sampai tibe tibe je en suami cakap" nanti open house pa nak ma masak gulai kerutuk macamni"...hahaha
Perasan kejap!


Menu air pun pelbagai walau kat rumah.
Tapi still simple.
Air sirap, air buah, air laici, sirap laici...
Next plan nak buat jagung, jus buah pulak and katira.

Ni je antara  cara nak berjimat dengan zaman sekarang.
Sekali gi bazar habis dekat rm20. Sebulan tak ke RM600???
Ni je la cara saya bantu suami untuk berjimat.
Tapi kenikmatan saya rasa yang amat sangat.
Balik sekolah sibuk masak. Buka puasa suami makan bertambah tambah.
Siap malam makan lagi.
Allah pun kurniakan tenaga yang luar biasa kali ni.
Kalau dulu menyusu memang lapar gile,
Kali ni berbeza.
Alhamdulillah.

Ok.
Next entry, kita share menu 1 mggu untuk minggu depan lak.
Minggu depan saya ubah menu ikan lak.
Tu pun kalau ikan kat mydin dapag yang fresh.