Thursday, June 25, 2015

Ramadhan 2015

Alhamdulillah di beri peluang untuk menyambut bulan mulia ni lagi.
Tahun ni Ramadhan yang super duper busy buat saya.
Sejak GST, sejak ahli keluarga bertambah amat terasa la beban kenaikkan harga barang.
Baru sehari gi bazar ramadhan, terus dah tak sanggup untuk ke bazar lagi.
Harga makanan melampau lampau mahalnye.
Mahal ok kalau kuantiti dan kualiti ok.
Ni sup RM6, bersamaan 1 senduk sup.errrkkk
Kepak ayam kecik RM3.
Murtabak biasa tak sedap langsung rm3.50.
Air yang hanya ada kaler je,rasa tak de langsung RM2 sebungkus.
Huhuhuh
Terus bagitau en suami, tahun ni nak masak.





Bermula la kembali misi memasak .
Setakat ni alhamdulillah masih kekal hanya sekali saja ke bazar.
Walau en suami jenis berbuka dengan makanan ringan dulu, den dah ajar en suami buka terus dengan nasi.
Hahaha



Meh share antara menu masakkn mama umar sepanjang 1 minggu puasa.
Abaikan masakkan kosong tanpa sebarang hiasan.
Saya mula masak jam 6 ptg. Tak suka masak dari pagi sebab macam tak feel je makan makanan yang di panaskan untuk buka.
So, en suami makan je la apa yang ada he.
Hehehe

 Ayam bakar.
Menu bakar wajib ada dalam list.
Mula mula nak buat nasi lemak dengan ayam goreng berempah.
Ntah nape tibe2 malas, tak jadi nasi lemak.
Ayam yang nak goreng di bakar.
 Sambal bilis wajib.
Ni sambal beli.
En suami beli dengan jiran.
Sebab dah ada sambal ni la terbantut untuk buat nasi lemak.

Daging cicah kicap, menu wajib raya haji orang kelantan.
Gulai kerutuk ayam.
Nampak kosong je kan gulai tanpa hiasan.
Tak payah hias, bukan makan pun hiasan.
Zaman sekarang semua kena jimat.
 Gulai udang.



dessert simple yang tak  berapa cantik.
Hahaha
Ko ingat ape??kul 6 balik sek baru nak bersilat masak, bersilat dengan anak lagi.
Janji boleh makan.
Agar agar milo.
Sepatutnya nampak 2 lapis susu dan milo, tp sebab lapisan 1st tak sempat keras elok  dan tuang lapisan ke 2...
Agar agar pun tak cair elok.
Lambat pulak agar2ni.
Cari penapis tak jumpa. So biar je la..
Express sangat kan.

 Gulai kambing.


Cocktail.
Walau makan di rumah, kena pelbagaikan.

So hoon ..
Hahaha kosong gile.
Tak letak kentang sebab den memang tak makan kentang.
Ok la..kenyang and sedap jugak.

Nampak tak menu mostly gulai.
Senang masak gulai ni.
Sedap kot gulai aku masak sampai tibe tibe je en suami cakap" nanti open house pa nak ma masak gulai kerutuk macamni"...hahaha
Perasan kejap!


Menu air pun pelbagai walau kat rumah.
Tapi still simple.
Air sirap, air buah, air laici, sirap laici...
Next plan nak buat jagung, jus buah pulak and katira.

Ni je antara  cara nak berjimat dengan zaman sekarang.
Sekali gi bazar habis dekat rm20. Sebulan tak ke RM600???
Ni je la cara saya bantu suami untuk berjimat.
Tapi kenikmatan saya rasa yang amat sangat.
Balik sekolah sibuk masak. Buka puasa suami makan bertambah tambah.
Siap malam makan lagi.
Allah pun kurniakan tenaga yang luar biasa kali ni.
Kalau dulu menyusu memang lapar gile,
Kali ni berbeza.
Alhamdulillah.

Ok.
Next entry, kita share menu 1 mggu untuk minggu depan lak.
Minggu depan saya ubah menu ikan lak.
Tu pun kalau ikan kat mydin dapag yang fresh.

1 comment:

J@ja said...

Hebat Rose! Sangat setuju harga kat bazar melampau mahal. Ja pon sama start masak last week. Even simple pon puashati and sedap ikut tekak sendiri :D

Mmg masak gulai mudah and cepat hehe

Keep it up! :)