Bila berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan suami.
Tetapi juga dengan keluarganya.
Alhamdulillah.
Saya sudah mengenali keluarga bakal suami hampir 6 tahun lamanya.
Saya bersyukur kerana keluarga bakal suami hampir sama dengan keluarga saya.
Ikatan kekeluargaan amat rapat.
Adik beradik bakal suami amat mesra.
Kadang-kadang saya yang tidak mesra kerana saya memang seorang yang pendiam.
Tapi mereka tetap melayan saya dengan baik.
Bercerita itu ini.
Bergelak tawa.
Alhamdulillah.
Saya bersyukur kerana keluarga bakal suami semuanya jenis yang 'happening'
Untuk bakal suami pula, dia juga sudah amat rapat dengan keluarga saya.
Mak memang sayangkan bakal suami saya.
Abah pula memang mengharapkan agar bakal suami dapat menjadi anak lelaki nya yang bakal menjaga putrinya dengan baik.
Kakak saya juga betul betul sudah menganggapnya seperti adik.
Malah Luqman pula kalau tiada bakal suami saya, tidak mahu datang ke rumah saya.
Sepupu yang kecil semuanya suka pada bakal suami memandangkan dia pandai melayan budak dan sangat manja dengan budak.
Mungkin dia akan rasa sedikit segan nanti sebab tiada lelaki sebayanya di rumah saya nanti.

No comments:
Post a Comment