Saya baru balik lunch dengan hubby.
Sedih tengok orang sebelah meja makan kami tadi.
Satu pasangan melayu suami isteri bersama anak perempuan yang sangat comel.
Rasanya umur baby tu dalam 3 4 bulan.
Si bapa bersubang, bertatoo dan bergelang.
si ibu pula bertindik di hidung dan berpakaian ketat.
Saya cuma terfikir macamana mereka mahu mendidik dan menjadikan contoh pada bayi ahli syurga yang suci itu?
Saya bukan manusia yang alim malah saya akui saya juga banyak silap.
Moga Allah memberi hidayah pada pasangan tadi.
Moga Allah juga sentiasa memberi hidayah pada Aku untuk sentiasa membaiki kesilapan diri.
No comments:
Post a Comment