Thursday, April 4, 2013

Cabaran penyusuan SAYA! Anda bagaimana?

Alhamdulillah harini genap usia Umar 6 bulan.
Maka genaplah misi 6 bulan penyusuan ibu untuk Umar tanpa sebarang susu formula.
Syukur, kerana Allah makbulkan doakku.
Syukur kerana Allah tak putus putus beri rezeki air susu ibu untuk Umar.
Ahamdulillah.


Tapi, semuanya tak semudah di sangka.
Terlalu banyak dugaan yang kadang kala membuatkan kitatidak kuat untuk hadapi semua ini.
Tapi saya percaya, berkat doa dan semangat yang kuat, Insyaallah semua akan tercapai.




Antara cabaran terhebat ialah saat susu merudum.
Memang saya amalkan suplement untuk penyusuan. Tapi tetap tidak boleh lari saat susu merudum. Untuk pengetahuan semua, saya tidak menyediakan stok susu beku untuk Umar memandangkan Umar refuse susu beku yang di cairkan. Mungkin baunya yang tengit tu buat dia tak selesa.
So, setiap hari saya akan pam susu untuk bekal keesokkan hari untuk di bawa ke rumah mak Umar.
Pernah saya pam hanya dapat 1 oz.
Masa tu tuhan je tahu betapa sedih dan risaunya saya.
Tapi gagahkan semangat juga, bangun tengah malam dan mula buat power pumping setiap 2 jam sekali.
Ternyata kaedah power pumping sangat sangat membantu.
Tapi tidak di nafikan, keajaiban doa itu tidak boleh di sangka lagi.
Bila Allah kata `kun fayakun` maka jadi lah apa yang di kehendakinya.
Saat susu saya merudum, saya pernah solat hajat untuk mohon pada Allah agar di perbanyakkan susu.
Serta merta, selepas solat saya pump, air susu keluar mencurah curah.
So, siapa kita nak menidakkan kuasa Allah?
Alhamdulillah, itu rezeki untuk Umar yang Allah bagi.




Saat susu merudum, saya tetap bagi Umar direct bf walau saya tahu tiada air susu.
Tapi saya pegang pada kata kata ibu saya ` bagi je. ada je air susu tu`. Alhamdulillah, ibu saya sangat menyokong penyusuan ibu ini. Mungkin kerana beliau sendiri menyusukan kami ke 5 5 anak nya cukup selama 2 tahun. Walau saya rasa tiada susu, saya tetap susukan Umar. Dan betul cakap ibu saya, susu tetap ada. Umar sendawa dan kadang kadang boleh muntah lagi. Sedangkan bila saya pump, tiada susu yang keluar. Itu lah kekuasaan Allah. So, ibu ibu di luar sana, jangan cakap susu tidak cukup hingga anda terpaksa campur formula milk. Cuba dulu. Jangan cepat mengalah.





Antara cabaran kuat yang saya terima ialah bila orang sibuk suruh saya campur susu ibu dengan susu formula dengan alasan `anak tidak kenyang`. Ya Allah. Macamana nak buka pemikiran orang  sebegini? Umar membesar dengan pola normal hanya dengan susu ibu selama 5 bulan 2 minggu. Kenapa saya cakap 5 bulan 2 minggu? Nanti saya ceritakan. Tapi saya tetap pekakkan telinga, tebalkan hati, sebab sejak mula mula saya hamil lagi saya dah pasang niat nak susukan Umar sepenuhnya susu ibu sekurang kurangnya 6 bulan. So, siapa yang boleh menghalang niat seorang ibu kepada anaknya sejak dalam kandungan lagi?
Pernah ke anda terfikir, susu ibu itu datangnya dari Allah. Formula nya dari Allah. Tentunya ia terbaik untuk si anak. Kenapa hendak di campur susu formula saat Allah memberi rezeki susu ibu melimpah ruah? Lain la kalau si bu tiada susu, nak campur dengan susu formula.





Tapi saya tetap sedih bila impian saya untuk penyusuan ekslusif 100% susu ibu tanpa air masak dan tanpa makanan selama 6 bulan tidak tercapai. Saya rasa itu lah dugaan terbesar . Dan saya faham perasaan ibu ibu yang banyak luah di blog selama ini tentang impian untuk penyusuan esklusif tidak tercapai gara gara menjaga hati banyak pihak. Saya juga hadapi benda yang sama. Saya mula memberi makan Umar pada usianya 5 bulan 2 minggu. Ini untuk menjaga hati banyak pihak yang tak sabar sabar nak bagi Umar makan. Saya sedar, Umar bukan hak saya seorang. Semua orang ingin yang terbaik. Dan saya tahu, mereka semua ingn yang terbaik untuk Umar.So, tak salah kalau kita berkorban demi kebaikkan semua pihak. Alhamdulillah, berkat kasih sayang semua, Umar menerima makanan pertamanya pada usianya 5 bulan 2 minggu.




Ok. Jangan asyik nak bercakap tentang cabaran.
Kena juga ingat orang yang banyak membantu kita atasi cabaran tu.
Orang paling banyak memberi semangat kat saya ialah tentunya suami tercinta.
Beliau la yang menyediakan segala keperluan penyusuan saya. Malah 1 sen pun saya tidak keluarkan untuk keperluan ini. Beliau juga turut membantu jaga Umar bila saya sedang pump susu.

Yang kedua, tentunya mak Umar. Kak Wati. Rasanya kalau Kak wati tak tolong, mesti segala impian ni terkubur. Malah saat saya bagitau nak bagi susu formula pada Umar masa susu merudum, beliau antara orang yang menghalang dan sanggup bagitau kalau susu tak cukup dia akan call untuk saya datang direct bf pada Umar.

Yang ke 3 ialah seluruh ahli keluarga saya dan keluarga mertua saya yang banyak sangat bagi semangat kepada saya.




Wah..panjang entry kali ni.
Last but not leas...
saya nak jerit..........










Yeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
AKU DAH BERJAYA.
hehehehe

2 comments:

Faten said...

Hamboiii kuatnye jerit!! Sakit telinga..Hahahaha

Ok im so jealous....huhu

Apapun betullah...ilmu tu sgt penting..tak cukup ilmu jd mcm i..huhu susu banyak tp tak tau mcm mana nak pump,simpan stok n segalanya..sob sob sob

RoSe RaiHaNa said...

atun org prtama yg suggest utk k.rose beli pump.start dr situ br bljr ilmu2 penyusuan...atun gak yg add k.rose dlu kt group penyusuan kn.heheheh.tq sis