Entry wajib.
Persiapan Raya.
Yeaahhh!
Rasa rasanya persiapan raya tahun ni macam dah 98% settle.
Erkkk still ada 2%?
Selagi tak raya of course mesti ada benda nak di beli.
Persiapan raya tahun ni kitorang buat awal 2 bulan.
2 bulan awal tu settle shopping segala macam baju untuk anakanda `Umar.
Nak kata sale, tak de la sangat sebab korang jangan tertipu dengan kehidupan di KL.
Everyday is a SALE day!
Trust me!
Pergi la shopping complex bila bila masa pun, akan tertera SALE!
Kitorang shopping baju `Umar awal sikit sebab nak budget budget duit.
So, untuk anakanda `Umar settle.
Selalunya untuk mama Umar yang paling susah.
Tapi alhamdulillah, tahun ni ajak je en suami ke Giant 1 minggu sebelum puasa, tak sampai 30minin dapat grab 2 helai baju kurung. Ok. Giant je:)
Mak ai!
Selalunya nak beli 1 helai pun 4 5 kali keluar shopping belum tentu lagi beli.
Biasa la nak yang cantik tapi murah.
Tahun ni mama Umar ada 6 helai baju kurung raya. ( bak kata abah Umar, dah macam pelangi warna baju mama Umar )
1 helai Che Long Umar sponsor.
1 helai abah umar belikan.
lagi 4 helai mama Umar beli sendiri.
Tapi ke 6-6 helai tudung yang match dengan baju raya ada di sponsor oleh abah Umar.hehehe
Shopping untuk abah umar tak sesusah mama Umar.
Janji tempat tu kena ada aircond, ada brand yang original.
( READ : original )
Kalau bawak pusing jalan tar,downtown, uptown tu, memang tak de nya la yang dia berkenan.
Tak kesah murah, janji original.
hahaha
Macam tahun lepas, kitorang suka sangat sangat shopping di Parkson.
Sebab tak ramai orang.
Harga reasonable!
Kalau ke SOGO tu memang sekadar nak jalan jalan ambil feel bersesak sesak kemeriahan shopping di bulan Ramadhan, bukan nak shopping sangat.
Plastik paling besar ni kepunyaan Umar.
Actually baju Umar tak beli di Parkson.
Kumpul kumpul sumbat dalam 1 plastik paling besar.
Baju umar banyak beli di Aeon dan Mid.
InsyaAllah, tahun ni Umar beraya pakai baju Along Umar beli di Korea.
Baru muat baju tu.
Mama yang tak sabar nak tengok anak mama pakai baju tu.hehehe


Ni lah jumlah plastik selepas di gabung semua skali dan di satukan dalam plastik yang lagi besar.

Mencari tudung untuk match dengan baju sangat sangat susah.
Sebab majoriti tudung zaman sekarang ala ala fareda yang 3 layer tu.
Dah bosan dengan tudung macam tu.
Tapi nak tak nak itu je yang paling senang nak sarung dan bertepatan dengan fesyen sekarang.
Nak pakai shawl shawl ni memang leceh bila ada anak.

Tiba tiba je purple termasuk dalam list warna baju raya tahun ni.
Actually ni warna tema family in law.
Bila kami sibuk whatsapp baju raya masing masing, tiba tiba teringin nak sama dengan diorang walau raya pertama saya di Kelantan tahun ni.
Ni 1 minggu sebelum puasa.
En suami memang tak de kerja.
Kerjanya candid gambar wife shopping.
Umar sangat behave bila teman mama shopping.
dah berlatih sejak dalam perut kan ikut mama shopping.hehehe
Itu saja entry kali ini.
Nanti sambung entry biskut raya dan mercun raya.:)
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:
Post a Comment