Wednesday, October 23, 2013

Langkawi 2013 ( Part 3)


Punya la lama nak update entry part 3 percutian ke Langkawi.
Ni entry last ke pulau langkawi.
Lepas ni bukak entry percutian yang baru pulak bersempena penutup tahun 2013.



Hari terakhir kami di Pulau Langkawi kami ke Kampung Buku.
Taman Buku ni hanya ada 5 di dunia.
Menurut pembacaan aku la.
Di tubuhkan masa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi.
Punya semangat aku nak ke Taman Buku ni sebab aku pernah terbaca dalam paper masa kecik kecik dulu tentang Kampung buku ni.
Sampai sesat 2 3 kali pusing tak jumpa sign board ke Kampung Buku.


Last last skali sampai juga kami ke Kampung Buku.
Tempat dia agak terpencil.
Sebab kawasannya terletak di kawasan air terjun.
Dulu aku pernah tengok kat tv tentang kampung buku ni.
Ada perpustakaan merentasi air terjun.
Ko boleh nak baca buku atas air terjun.
Masa tu la kan...



Sekarang...
Ni pintu masuk.
Memang teruja gila hokey!



Dah nampak dah jambatan merentasi air terjun macam dalam tv tu.
Dah nampak pondok pondok tempat perpustakaan.
Yang paling best dah nampak macam galeri buku.


Pusing punya pusing tak jumpa apa apa melainkan pondok pondok and orang tengah berkelah.
Semangat aku tanya orang kat situ mana tempat buku buku.
Diorang pun blur.
Orang Langkawi pun tak tahu.
Kire aku lagi ok la sebab pernah tahu kampung buku ni ada semua jadah benda yang macam dalam tv tu.
Last last skali kami pun main la air rendam rendam kaki.
Frusssstttt gile ok!
Tak berbaloi pusing 2 3 kali sebab nak cari kampung ni!


Destinasi ke 2 iaitu destinasi terakhir kami ialah tempat shopping gamat.
Kat Langkawi ni semua tempat ada jual gamat.
Rasanya harga lebih kurang je.
Tempat yang kitorang pergi ni ada tempat proses gamat.
Korang nampak tak kuali panas tu.
Memang mendidih la.
Tapi orang kata kalau celup tangan takkan rasa panas pun.
Berani try x?
errkkkk


Kat sini juga ada air tongkat ali percuma kalau korang rasa nak minum.
Aku memang tak try langsung sebab :
1. share gelas yang di sediakan kat situ
2. bau pun memang tak leh blah


Bestnya kat sini ada 1 orang akan naik atas pentas and cerita kebaikkan setiap ubat yang ada.
Tak payah korang sibuk baca kat belakang botol ubat.
Lagipun penerangan yang ada kat belakang botol tak legkap macam orang yang explain.
Tapi bahaya gak sebab bila dengar orang jual ubat ni memang semua penyakit ada kat badan kita.
Jadi terus : aaah la..aku ada rasa macam tu..nak kena beli ubat tu



Aku dengan en suami beli sikit je ubat untuk buah tangan.
Tu pun dah habis beratus.
So, dapat bayangkan orang yang beli berplastik plastik?
Sama juga dengan coklat.
Kami yang beli sikit ni pun dah habis beratus ratus.
Dapat bayangkan tak orang yang beli penuh 1 troli?
erkkkk
Kawal nafsu bila berbelanja, ok!
Aku memang jenis bila berjalan tak suka shopping sangat.
Kalau bercuti aku suka cari tempat makan best and explore benda yang tak de kat tempat kita.
Itu saja.
Shopping memang tak ah melainkan tempat tu memang khas korang gi untuk shopping.
So semua still dalam budget.
Tapi sempat lagi aku bagitau en suami yang nanti akan datang lagi ke Langkawi untuk shopping pinggan mangkuk.
Memang cair habis tengok pinggan mangkuk.
Nanti duduk rumah sendiri boleh la kan.




Settle shopping gamat.
Settle shopping coklat.
Kami hantar kereta and menuju ke airport.
Next time ke Langkawi, Umar dah besar...island hopping mesti di masukkan dalam LIST!
 

No comments: