Monday, June 9, 2014

Pulau Mabul, Semporna Sabah


Pulau Mabul terletak di Semporna Sabah.
Antara pulau yang cantik dan digemari oleh divers.
Dulu mama Umar ada geng geng yang memang suka berjalan.
Selalunya mama Umar lah yang jadi kepala organise segala plan tiap kali geng kitorang pergi bercuti sampai kawan selalu panggil rombongan cek rose.
Di sebabkan untuk ke Pulau Sipadan sangat leceh prosedur dia, so kami decide untuk ke Pulau Mabul.
Masa ni mama Umar tengah belajar di IPG Tawau.



Mama Umar mula buat booking untuk van, chalet and buat tentatif sepanjang percutian kami selama 2 hari 1 malam. hahaha..2 hari je.
AJK di agih agihkan .
Ada yang kena ajk makan, so kena handle makan.
kami bernasib baik sebab antara geng kami ada sorang orang Semporna.
Kitorang panggil DD.
So,papehal boleh rujuk kat dia sebab dia lagi arif.


Actually banyak peristiwa lucu time ni.
Tapi biarlah kekal dalam lipatan ingatan kami 1 geng.hehehe
Nak ke Pulau Mabul senang je.
Dari airport Tawau ,better ambil van terus ke Semporna.
Lagi murah.
Perjalanan makan masa dalam 1 jam lebih je.



Tempat penginapan kat sini banyak. Tapi paling glamer orang panggil floating.
Mama umar pun dah lupe apa nama resort ni.
Betul betul tepi laut dan betul betul atas laut.
Ni kat semporna lagi tau belum lagi sampai ke pulau mabul.
Selalu orang akan bermalam kat sini dulu sebelum ke mabul keesokkan hari.



Chalet dia atas laut. Korang leh tengok mula mula korang atas laut , bila bangun pagi tengok dah kat atas darat. leh terasa sangat fenomena pasang surut air laut.



Ni mula mula turun van.

Ni kat pintu masuk chalet yang kitorang book.
Sebelum lupa, kalau datang ramai leh book dorm.
Dalam 1 dorm boleh muat 20 orang, katil 2 tingkat.
Toilet kat luar, tapi jangan risau korang leh lepak depan dorm sambil mancing. dan toilet pun sangat sangat best.


Nampak tak antara bilik yang ada kat belakang kitorang.
Ni pagi sebelum bertolak ke Pulau Mabul.
Kenapa tak ke sipadan sedangkan untuk ke sipadan just tambah beberapa minit je.
Sebab untuk ke sipadan, korang kena booking beberapa bulan awal.
Dan kena ke sana dengan iringan polis.
Dan ada kuota hanya beberapa orang sahaja di benarkan berada di sipadan untuk satu satu masa.
Ni sebab kes penculikkan abu sayaf dulu.

Sempat tidur dulu atas bot sebab perjalan makan masa dalam 30-40 minit.( kalau tak silap)
Dah lupe.

Jangan risau, masa korang mandi bot akan tunggu sampai la korang puas mandi.hehehe
Kat Pulau Mabul ni memang cantik.
Sebab pasir dia sangat putih dan halus.
Kat sini ada resort lagi tapi of course sangat mahal.
Dan ada juga sekolah dan penduduk kat sini.
Leh beli produk yang penduduk kat sini jual .


Pemandangan di Pulau Mabul.


* Abaikan muka kami semua yang hitam sebab 2 hari sebelum ke sini kami semua berenang di Borneo Paradise, Lahad Datu selama 3 jam..atau lebih 3 jam..errkkk...semua muka burn gile!

No comments: