Wednesday, June 11, 2014

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Sisa sisa cuti berbekal beberapa hari lagi.
Mama Umar mula nak meneroka setiap makanan best di Kelantan.
Tak sabar rasanya nak tunggu en suami tercinta bercuti di Kelantan lama sikit nak bawak en suami jelajah setiap pelosok di Kelantan.



Mama Umar dah Che Long Umar nak bawak family makan goreng goreng santai petang di PCB.
Jarak PCB dari rumah mama Umar dalam 15km plus minus.
Kat sini tersohor dengan makan goreng celup tepung.




On the way ke PCB ada banyak gerai.
1 gerai yang glamour ialah gerai air teh tarik madu dan gerai sup kepala ikan.
Mama umar sendiri pun tak pernah singgah kedai yang dimaksudkan.
Cuma dengar dari mulut orang je.



Kat PCB ni terlalu banyak gerai yang memang jual benda yang sama iaitu goreng celup tepung.
So, kalau korang nak makan, pilih je mana mana kedai yang nampak bersih sebab menu semua sama.




 jangan risau tentang makanan ni.. walau dah di goreng, lepas korang pilih, makanan ni akan di goreng lagi sekali. So, tak de masalah makan makanan sejuk:)
 hah...nampak tak udang ngan ketam tu...hehehe

 makanan ni akan di potong kecil kecil.


 Pantai PCB ni dah terhakis teruk.
Dulu sempat lagi mama Umar mandi manda kat sini.
Sekarang dah tak de pantai, kerajaan negeri buat tebing dengan batu besar ni.
Walau tak boleh mandi, tempat ni sangat sesuai dan tenang untuk tenangkan fikiran sebab air lautnya bersih walau kebanyakkan pantai di Kelantan memang tercemar.

 Gambar Umar yang paling Mama Umar suka!
Nampak dah besar sangat dah anak mama ni.

 Kalau singgah kat sini jangan lupa beli etak gergasi ni.hahah
Ada juga jagung rebus dan satay ikan serta produk batik.

Kat sini la Umar belajar sebut Wau.
Tu pun sebab ramai duk sebut wau .
Tak sempat mama Umar nak ajar "kite"
hahaha


Ok.
Alhamdulillah.
Kempunan nak makan goreng celup tepung dengan sos sedap tercapai juga.
Abah Umar, mama Umar janji nanti I bawa u datang sini lagi.
Last datang hari ke 2 selepas akad nikah kan.heheh

No comments: