Rumah saya dan suami bukanlah rumah yang cantik dan kemas.
Bersepah dan tak teratur.
Bila bagitau suami nak cantikkan rumah, mula la dia cakap "tak payah la lagi.kesian anak anak tengah nak main".
And kalau datang rumah saya , memang rumah yang lapang.
Karpet pun tak de di ruang tamu.
Coffee table pun sampai sekarang tak beli.
Tiap kali nak cantikkan ruang tamu, mula kesian sebab abang umar suka main basikal kat ruang tamu.
Abang umar suka main bola depan tv.
Abang umar suka lari lari.
Nak bawak ke taman pun tak de masa.
Mana taknya, waktu pagi bangun dah jam berapa.
Siap siap nak gi sekolah.
Balik sekolah, dah maghrib.
Pendek kata abg umar beriadah dalam rumah je la.
So betul kata abah umar, biarlah dulu.
Memang teringin bila jalan jalan rumah kawan cantik je perabot.
Cantik je ruang tamu.
Cantik je pasu bunga bagai.
Diorang pun ada anak.
Bukan tak de anak.
Hahaha
Tapi tak pela. Mungkin lain anak,lain perangai nya.
Nanti bila rumah dah tak lapang, cemana abg umar nak drift dalam rumah kan.
Simpan la dulu hasrat.
Tapi dalam simpan hasrat, saya berniat nak cantikkan ruang tangga.
Bukan cantik, nak kemas kasi clear.
Hahaha
Kat sini la pelbagai barang di letak.
Kotak dokumen sekolah.
Carseat.
Beg raket badminton abah umar.
Bola abah umar.
Macam macam.
Dah macam stor.
Dan bila mama mulakan operasi, anak bujang mula la sibuk nak kemas.
Kat tangga dah clear sikit.
Tapi bari 2 hari clear, dah ada lak hampet bola abah umar kat situ.
Huhuhuh....
Lepas buat notis, zon larangan meletak barang.
Bukan apa, sebab tingkat atas jarang guna, tangga pun jarang guna. Tu yang jadi tempat letak barang.


No comments:
Post a Comment