Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan di Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan di Kelantan. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Sisa sisa cuti berbekal beberapa hari lagi.
Mama Umar mula nak meneroka setiap makanan best di Kelantan.
Tak sabar rasanya nak tunggu en suami tercinta bercuti di Kelantan lama sikit nak bawak en suami jelajah setiap pelosok di Kelantan.



Mama Umar dah Che Long Umar nak bawak family makan goreng goreng santai petang di PCB.
Jarak PCB dari rumah mama Umar dalam 15km plus minus.
Kat sini tersohor dengan makan goreng celup tepung.




On the way ke PCB ada banyak gerai.
1 gerai yang glamour ialah gerai air teh tarik madu dan gerai sup kepala ikan.
Mama umar sendiri pun tak pernah singgah kedai yang dimaksudkan.
Cuma dengar dari mulut orang je.



Kat PCB ni terlalu banyak gerai yang memang jual benda yang sama iaitu goreng celup tepung.
So, kalau korang nak makan, pilih je mana mana kedai yang nampak bersih sebab menu semua sama.




 jangan risau tentang makanan ni.. walau dah di goreng, lepas korang pilih, makanan ni akan di goreng lagi sekali. So, tak de masalah makan makanan sejuk:)
 hah...nampak tak udang ngan ketam tu...hehehe

 makanan ni akan di potong kecil kecil.


 Pantai PCB ni dah terhakis teruk.
Dulu sempat lagi mama Umar mandi manda kat sini.
Sekarang dah tak de pantai, kerajaan negeri buat tebing dengan batu besar ni.
Walau tak boleh mandi, tempat ni sangat sesuai dan tenang untuk tenangkan fikiran sebab air lautnya bersih walau kebanyakkan pantai di Kelantan memang tercemar.

 Gambar Umar yang paling Mama Umar suka!
Nampak dah besar sangat dah anak mama ni.

 Kalau singgah kat sini jangan lupa beli etak gergasi ni.hahah
Ada juga jagung rebus dan satay ikan serta produk batik.

Kat sini la Umar belajar sebut Wau.
Tu pun sebab ramai duk sebut wau .
Tak sempat mama Umar nak ajar "kite"
hahaha


Ok.
Alhamdulillah.
Kempunan nak makan goreng celup tepung dengan sos sedap tercapai juga.
Abah Umar, mama Umar janji nanti I bawa u datang sini lagi.
Last datang hari ke 2 selepas akad nikah kan.heheh

Sunday, June 8, 2014

Kopitiam Kita, Kota Bharu

Selalu tengok orang buat entry pasal makanan best.
Kelantan memang terkenal dengan makanan best lagi lagi part breakfast.
Harini mama Umar nak share tempat breakfast yang terkenal di Kota Bharu.


Nama kedai ni Kopitiam Kita.
Kalau nak ke sini senang je.
Bukak waze, type Kopitiam Kita.
Memang terus jumpa.hehehe


Lepas mama Umar post di FB pasal ni, ada kawan cakap kedai ni pernah masuk Majalah 3.
Mama Umar memang jarang sangat sangat tengok Tv3 kecuali drama.heheh
So, memang mama Umar tak tahu pasal ni.
Tapi kedai ni memang glamour di kalangan penduduk sekitar Kota Bharu.



 

Jarak kedai ni dari rumah mama Umar, dalam 15minit kalau tak jem.
Sekarang sejak jambatan baru dah siap, memang dah tak jem kalau nak ke KB.
Apa yang special nya kedai ni?




1st, kedai ni ada semua jenis nasi berlauk yang glamour kat kelantan.
Orang Kelantan memang terkenal dengan breakfast yang heavy.
Memang tak sah kalau breakfast tak makan nasi berlauk.
Actually nasi nasi yang ada kat sini semua ada kat Pasar Wakaf Bharu dengan harga yang jauh lagi murah.
Tapi sekali sekala nak cari kelainan, apa salahnya kan kita breakfast kat tempat lain.




deretan nasi berlauk yang ada.
Just pilih and makan.
Bayar lepas makan.

Gambar orang orang kenamaan dan artis yang pernah makan kat sini.

Nasi Lemak Wakaf Bharu.
Mama Umar pun tak try sedap ke tak.
hahaha


Menu wajib bila ke sini.
Roti titab yang sangat sedap.
Rasa macam ommelete je, bezanya telur separuh masak letak kat atas roti macam tu dengan kaya yang dibuat sendiri.
Bagi mama Umar, memang sedap.


Nasi Tumpang.
Glamour konon.
Mama umar pun 1st time try.
And tak kena dengan selera sebab nasi dia jenis lembik.
Mama umar memang tak leh makan nasi lembik ni.


Ni Nasi Orang Tumpat nasi favourite mama umar sejak kecik.
Harga kat Wakaf Bharu lagi murah :)
Nampak simple kan, tapi memang sedap.
Kalau tak sedap kenapa boleh bertahan berpuluh puluh tahun dan siap di eksport ke KL setiap pagi menaiki flight.


Ok.
Itu saja entry jalan jalan cari makan di Kota Bharu.
hehehe