Sunday, June 8, 2014

Kopitiam Kita, Kota Bharu

Selalu tengok orang buat entry pasal makanan best.
Kelantan memang terkenal dengan makanan best lagi lagi part breakfast.
Harini mama Umar nak share tempat breakfast yang terkenal di Kota Bharu.


Nama kedai ni Kopitiam Kita.
Kalau nak ke sini senang je.
Bukak waze, type Kopitiam Kita.
Memang terus jumpa.hehehe


Lepas mama Umar post di FB pasal ni, ada kawan cakap kedai ni pernah masuk Majalah 3.
Mama Umar memang jarang sangat sangat tengok Tv3 kecuali drama.heheh
So, memang mama Umar tak tahu pasal ni.
Tapi kedai ni memang glamour di kalangan penduduk sekitar Kota Bharu.



 

Jarak kedai ni dari rumah mama Umar, dalam 15minit kalau tak jem.
Sekarang sejak jambatan baru dah siap, memang dah tak jem kalau nak ke KB.
Apa yang special nya kedai ni?




1st, kedai ni ada semua jenis nasi berlauk yang glamour kat kelantan.
Orang Kelantan memang terkenal dengan breakfast yang heavy.
Memang tak sah kalau breakfast tak makan nasi berlauk.
Actually nasi nasi yang ada kat sini semua ada kat Pasar Wakaf Bharu dengan harga yang jauh lagi murah.
Tapi sekali sekala nak cari kelainan, apa salahnya kan kita breakfast kat tempat lain.




deretan nasi berlauk yang ada.
Just pilih and makan.
Bayar lepas makan.

Gambar orang orang kenamaan dan artis yang pernah makan kat sini.

Nasi Lemak Wakaf Bharu.
Mama Umar pun tak try sedap ke tak.
hahaha


Menu wajib bila ke sini.
Roti titab yang sangat sedap.
Rasa macam ommelete je, bezanya telur separuh masak letak kat atas roti macam tu dengan kaya yang dibuat sendiri.
Bagi mama Umar, memang sedap.


Nasi Tumpang.
Glamour konon.
Mama umar pun 1st time try.
And tak kena dengan selera sebab nasi dia jenis lembik.
Mama umar memang tak leh makan nasi lembik ni.


Ni Nasi Orang Tumpat nasi favourite mama umar sejak kecik.
Harga kat Wakaf Bharu lagi murah :)
Nampak simple kan, tapi memang sedap.
Kalau tak sedap kenapa boleh bertahan berpuluh puluh tahun dan siap di eksport ke KL setiap pagi menaiki flight.


Ok.
Itu saja entry jalan jalan cari makan di Kota Bharu.
hehehe




Friday, June 6, 2014

Raya Dah Dekat!!!

Ni raya tahun lepas nye gambar.
Rasa macam baru je raya kan.
tup tup dah nak raya.




Tahun ni turn raya di Tangkak.
Mama Umar tak buat persiapan apa apa lagi sebab sibuk pindah rumah.
Tapi alhamdulillah shopping baju raya Umar dah settle.
Tapi rasanya nanti time shopping baju raya abah umar, baju umar mesti beli lagi.




Kalau tahun sebelum ni biskut raya pun dah settle order.
Tahun ni tahun penjimatan sebab tengok biskut raya tahun lepas pun buang camtu je.
Baju raya mama umar, 1dah hantar jahit bulan 2 lagi.
Tapi rasanya mesti tak siap.
Tapi sebab kain kesayangan, sanggup hantar kat tailor tu walau tau memang susah nak siap.heheh




Tak pe lah.
Tahun ni macam nak raya ala kadar je.
Baju kurung pun banyak beli tahun ni.
So, pakai je la mana ada.
 ( ye ke ni.. boleh caye ke)
hihihi

My CAR!!!

Hangin tak bila orang cakap " bawak kereta laki tak pe la" or " ni kereta husband ek"



Hello..
Kereta yang I drive ke sekolah everyday is my own car!
Not my husband car.
I paid the deposit.
Bayaran bulanan pun aku yang bayar FULL since 1st month until now!
Deposit aku kumpul sejak tahun pertama aku kerja.
Gaji aku kat sabah dulu tak banyak pun. Tapi untuk kumpul 1k sebulan tu untuk bayar deposit kereta mampu.
Malah berlebih lebih lagi duit aku kumpul masa kerja kat sabah dulu.
Sempat lagi tolong family renovate rumah untuk kenduri kahwen.
Housemate aku tiap tiap bulan teman aku gi asb masukkan duit 1k.
( ye..tak banyak pun 1k. korang leh simpan 2 3k sebulan kan)
Road tax and insurans setiap tahun pun aku yang bayar.


Eh, gaji cikgu DG41 tak lah banyak, tapi setakat nak bayar kereta yang aku pakai tu tak perlu duit laki pun.
Banyak lagi balance lepas bayar kereta untuk keperluan lain.
So, kereta aku pakai tak mahal pun.
Cukup untuk cikgu DG 41 macam aku.




Tiba-tiba aku hangin je harini pasal kereta ni.
Tu baru pakai kereta sedan 1.5.
Belum aku pakai jet peribadi.
hahaha




Aku bukan jenis suka nyusahkan laki bab bab keewangan ni.
Dia pun ada kereta and motor yang dia kena bayar bulan bulan.
Hah..
ko tak tahu eh laki aku pun ada kereta.
hahaha
so, jangan main sembang sebarangan je.


Pengajaran dari cerita ni : tolong lah dan tak perlu nak cakap pasal harta orang.
dia nak beli apa ke.
dia nak gi jalan mana ke.
dia nak makan ape ke.
tu rezeki allah bagi kat dia.
Sekali lagi aku cakap, tu kereta aku!!!!

Thursday, April 3, 2014

1 Year 6 Months

Alhamdulillah harini genap la baby kesayangan mama  1 tahun 6 bulan.
Moga Umar membesar dengan sihat dan cergas macam sekarang.
Tak mau ganas ganas sangat ye sayang.
hihihihi

Saturday, January 18, 2014

Gunung Lang, Ipoh .

Destinasi wajib yang perlu di kunjungi bila datang ke Ipoh iaitu Gunung Lang.
Selama ni saya dengar cerita dari kakak saya saja tentang kecantikkan tempat ni sampai berkali kali saya ajak abah umar untuk ke sini.
Akhirnya dapat juga saya tengok keindahan Gunung Lang di depan mata.





Terletak hanya 5 km dari Lost World Of Tambun.
And hanya beberapa km dari bandar Ipoh.
Just exit tol Ipoh, terus ada signboard ke Gunung Lang.
Terletak berdekatan stesen minyak Shell.





Gunung Lang ni orang kata macam permata tersembunyi ipoh.
Sebab kita nampak dari jalan raya macam gua batu kapur biasa je.
Bila masuk je ke kawasan dia, still nampak biasa lagi.
Tapi bila masuk tempat beli tiket, terus nampak tasik hijau yang sangat sangat cantik!
Terus terasa nak ambik gambar wedding kat sini.hahaha





Tiket untuk naik bot RM 3 untuk dewasa.
RM 1.50 untuk kanak kanak dan warga emas.
Cuma....
Waktu naik bot akan berhenti seketika waktu lunch dan di buka semula jam 1.30 pm.
Tapi korang jangan percaya sangat dengan janji orang kerja kerajaan ni...hahaha
Kitorang tunggu dari jam 12, jam 2.30 baru buka.
OK!
Bila baca komen dari bloggers lain, ramai yang mengalami nasib sama.






Perjalanan naik bot tak sampai 10 minit pun.
Kita akan ke pulau kecil.
Kat situ ada taman rekreasi, mini zoo, replika rumah orang orang melayu , ada menara untuk tengok pemandangan dan ada air terjun buatan.
Bayangkan keindahannya.
Ni orang tak profesional ambil gambar kalau betol profesional memang terserlah keindahan tempat ni.








 Family photo sebelum naik bot.
 Kat tepi kolam ikan

 Masa ni abah umar dah tak de mood nak bergambar sebab umar dah comot comot makan kek.
Den tak kira, ekau ada mood ke ekau tak de mood den tetap nak amek gambar.
1 day, you will thank me for this photo capture.
hahaha

 Gambar dari menara  ( ni den amek dari image google)





Tuesday, January 14, 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Pemandangan dari bilik di pagi hari.
Nyamannnnn sekali!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 9, 2014

Azam Lagi? Lagi-lagi Azam?

Selain azam nak kurangkan kegiatan di FB, saya ada lagi 1 azam untuk tahun 2014.
Rajin masak!
Atau lebih tepat lagi rajin masak breakfast and lunch!
Konon tahun baru ni nak lunch dulu before ke sekolah.
Tapi macam susah je.
Sebab nak masak sambil urus umar pagi pagi sangat memenatkan.
Lepas tu nak kena siap barang umar, siapkan umar, siapkan barang mama untuk ke sekolah.
OK.
Awal awal lagi azam ni dah terkubur bila sepanjang 10 hari di bulan Januari ni tak pernah lagi mama Umar masak lunch.
Breakfast baru 3x which is nasi lemak, nasi goreng and roti bakar.
OK.
Missin failed!