Wednesday, October 8, 2014

Aiskrim ikan

Aiskrim ikan ni fav abah umar masa kat korea.
Walau suhu -7 pun makan aiskrim .
Asal keluar nak jalan or masa nak balik hotel mesti nak beli aikrim ni.

Tadi masa mama umar jalan jalan kat Midvalley terjumpa aiskrim ni.
Bukan main excited abah umar.
Harga RM6.90 .
Agak frust sebab tak de lak susu pisang fav mama umar.
 Huhuhu

Masa kat korea dulu tak bagi pun umar rasa sebab sejuk.
Takut batuk.
Tadi bila dia rasa mak ai terus dia makan sorang sorang.
Tak bagi langsung mama ngan abah nak rasa.huhuhu


Aidiladha 2014

Alhamdulillah aidiladha tahun ni sangat sangat meriah sebab semua sepupu and aunties uncles ada .
Selalu mesti ada yang tak dapat balik.
Paling meriah waktu malam lepas solat jemaah kami takbir beramai ramai di rumah.



Walau semua balik kampung bab bergambar tak pernah berjaya.
 bila sesi nak bergambar je mesti tak xcukup ahli sebab golongan tua tua dah rushing untuk korban lembu.
Tinggal la golongan tak berapa tua ni yang sempat bergambar.

Nampak tak sibuk nak ke tempat lembu walau dah ready nak gambar.

So, ini je la yang tinggal.Abaikan umar yang tidak berbaju melayu gara2 mama rushing sampai tertinggal baju umar.huhuhu





Part paling best raya haji ialah semua orang akan sibuk.
Sangat sibuk dengan tugas masing masing.
Dan pada masa tu pandai pandai la sibukkan diri.
Kalau tak pandai buat kerja dapur, tolong cuci pinggan pn ok.hehehe




Macam mama umar and geng2 sepupu yang umur 20-30 kitorang akan ambil part cuci pinggan,potong bawang and daging.
Tu je...
Baba masak semua makcik makcik yang otai.
Bayangkan selalu korban 1 lembu, dan jemputan 1 kampung, dalam masa 2 jam selepas daging lembu sampai nak kema proses masak untuk 1 kampung.
Nenek mama umar lak jenis by hook or by crook lepas zohor semua mesti siap.huhuhu




Masa tu la kelam kabut nak asingkn bahagian untuk sedekah, bahagian untuk masak, bahagian untuk diri sendiri.
Siapa dapat bahagian urus perut lembu paling kesian sebab proses bersih amat lama.
Hehehe


Alhamdulillah abah umar dah pandai buat kerja kampung ni.
Mula mula nampak kekok gak.
Tapi mama umar dah pesan awal awal apa yang patut dia tolong.



Malamnye pulak sama sama bakar satay.
Bab ni serah je kat anak bujang.
Kita tukang makan je.

Mama umar ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua.
Apa korban korang tahun ni?

Thursday, October 2, 2014

Ipoh mali

Terbayang bayang lagi percutian ke Lost World of Tambun awal tahun haritu.
Best sangat sangat.
Ipoh memang banyak tempat menarik.





Next target, nak cuti cuti ke ipoh lagi.
Bila tengok ada kawan stay kt sini tengok gambar dia cantik sama macam dalam internet terus wasapp abah umar.
Abah umar kalau bab jalan jalan on terus.



Ipoh just nice.
Tak jauh sangat.
So tak de la penat atas jalan.

Korban ku...

I dun know how to start my entry this morning..
Feeling sayu sebak gitu.
Rasa macam baru buat pengorbanan terbesar dalam hidup.
Hanya dengan merendahkan ego, buang dendam dan kebencian, aku memohon maaf pada seorang musuh lama ku.
Walau dulu dia yang membuat onar hingga dendam dan kebenciaan ku bertahun tahun ku pendam, tapi aku berjaya buang semuanya.








Setahu ku, aku tak de gaduh dengan sesiapa di dunia kecuali dia.
Setahu ku, hanya dia musuhku.
Lega rasanya bila kita yang mulakan maaf.
Walau bukan salah kita.
Aku tahu dia tahu salahnya.
Kalau tak kenapa dia melarikan diri semasa konvo...
Kalau tidak kenapa dia left group wsapp kawan kawan upm kami...
Kalau tidak kenapa dia menolak untuk bersemuka semasa kami perang besar dulu...
Aku pegang prinsip, berani kerana benar.
Orang yang takut berdepan adalah orang yang bersalah...





Tapi apa guna gaduh lama lama.
Masing masing dah tua bangka.
Tak de untung pun.







Aku tak dapat bayangkan kalau mati sebelum meminta maaf.
Besar rasanya korban tahun ni.
Bertahun tahun syaitan menghasut agar teruskn dendam dan jangan jalinkan silaturrahim.






Kepada sahabat lama ku itu...
Aku harap agar silaturrahim akan terjalin selepas ni.
Siapa salah siapa betul bukan lagi persoalan.
Kerana kita masing masing sudah sampai ke destinasi.

Tuesday, September 30, 2014

WORDLESS WEDNESDAY

Ooo.. I try to feel it...


Berdikari

Selama ni saya rasa umar masih baby.
Malah saya layan dan manjakan umar macam baby.
Tapi saya lupa umar dah makin besar.
Saya kena ajar dia berdikari.




Saya perasan bila umar dah mula tak nak orang bukakkan seluar dan pampers nya.
Dia nak buat sendiri.
Air dalam peti pun nak ambil sendiri,
Nak tidur bantal di susun sendiri.
Semua nak buat sendiri.
Anak mama dah besar.
Tapi tetap baby di hati mama.




Saya banyak terlupa nak ajar umar berdikari.
Yang saya tahu,lepas mandi,saya pakaikan seluarnya.
Semua saya buat.
Umar banyak belajar rumah mak.
K.wati ajar umar susun selipar tempat sepatutnya.
Park kereta mainan lepas main.
Susun bantal selimut bila nak tidur.
Syukur alhamdulillah k.wati banyak membantu ilmu penting yang saya patut ajar umar.
Kalau tak, sampi bila saya ingat umar masih baby.




Sekarang dah banyak ajar umar buat benda sendiri.
Malah makan pun dah makan sendiri kecuali mama nak cepat.
Mandi pun dah pandai gosok sendiri


Stop BF

Dalam menghitung hari umar menginjak usia 2 tahun, bermacam macam cara dah dilakukan untuk stop bf secara perlahan..Tapi masih belum berjaya sepenuhnya..
Namun dah banyak perubahan sebab sekarang umar hanya bf waktu malam.


Ni susu coklat and mealshake mama umar beli untuk umar.
Mealshake actually untuk budak yang tak suka makan nasi.
Minum mealshake ni mengenyangkan.
Umar tak de masalah makan nasi.
Umar memang jenis makan nasi banyak sangat macam orang tua.hehehe
Tapi mama umar saje nak campur dengan mealshake.
Lagipun mealshake boleh elakkan dari sembelit.


So far, umar dah boleh terima susu ni tapi dengan syarat sejuk.
Mama and abah umar pun suka susu ni..hihihi