Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014

Alhamdulillah aidiladha tahun ni sangat sangat meriah sebab semua sepupu and aunties uncles ada .
Selalu mesti ada yang tak dapat balik.
Paling meriah waktu malam lepas solat jemaah kami takbir beramai ramai di rumah.



Walau semua balik kampung bab bergambar tak pernah berjaya.
 bila sesi nak bergambar je mesti tak xcukup ahli sebab golongan tua tua dah rushing untuk korban lembu.
Tinggal la golongan tak berapa tua ni yang sempat bergambar.

Nampak tak sibuk nak ke tempat lembu walau dah ready nak gambar.

So, ini je la yang tinggal.Abaikan umar yang tidak berbaju melayu gara2 mama rushing sampai tertinggal baju umar.huhuhu





Part paling best raya haji ialah semua orang akan sibuk.
Sangat sibuk dengan tugas masing masing.
Dan pada masa tu pandai pandai la sibukkan diri.
Kalau tak pandai buat kerja dapur, tolong cuci pinggan pn ok.hehehe




Macam mama umar and geng2 sepupu yang umur 20-30 kitorang akan ambil part cuci pinggan,potong bawang and daging.
Tu je...
Baba masak semua makcik makcik yang otai.
Bayangkan selalu korban 1 lembu, dan jemputan 1 kampung, dalam masa 2 jam selepas daging lembu sampai nak kema proses masak untuk 1 kampung.
Nenek mama umar lak jenis by hook or by crook lepas zohor semua mesti siap.huhuhu




Masa tu la kelam kabut nak asingkn bahagian untuk sedekah, bahagian untuk masak, bahagian untuk diri sendiri.
Siapa dapat bahagian urus perut lembu paling kesian sebab proses bersih amat lama.
Hehehe


Alhamdulillah abah umar dah pandai buat kerja kampung ni.
Mula mula nampak kekok gak.
Tapi mama umar dah pesan awal awal apa yang patut dia tolong.



Malamnye pulak sama sama bakar satay.
Bab ni serah je kat anak bujang.
Kita tukang makan je.

Mama umar ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua.
Apa korban korang tahun ni?

No comments: