I dun know how to start my entry this morning..
Feeling sayu sebak gitu.
Rasa macam baru buat pengorbanan terbesar dalam hidup.
Hanya dengan merendahkan ego, buang dendam dan kebencian, aku memohon maaf pada seorang musuh lama ku.
Walau dulu dia yang membuat onar hingga dendam dan kebenciaan ku bertahun tahun ku pendam, tapi aku berjaya buang semuanya.
Setahu ku, aku tak de gaduh dengan sesiapa di dunia kecuali dia.
Setahu ku, hanya dia musuhku.
Lega rasanya bila kita yang mulakan maaf.
Walau bukan salah kita.
Aku tahu dia tahu salahnya.
Kalau tak kenapa dia melarikan diri semasa konvo...
Kalau tidak kenapa dia left group wsapp kawan kawan upm kami...
Kalau tidak kenapa dia menolak untuk bersemuka semasa kami perang besar dulu...
Aku pegang prinsip, berani kerana benar.
Orang yang takut berdepan adalah orang yang bersalah...
Tapi apa guna gaduh lama lama.
Masing masing dah tua bangka.
Tak de untung pun.
Aku tak dapat bayangkan kalau mati sebelum meminta maaf.
Besar rasanya korban tahun ni.
Bertahun tahun syaitan menghasut agar teruskn dendam dan jangan jalinkan silaturrahim.
Kepada sahabat lama ku itu...
Aku harap agar silaturrahim akan terjalin selepas ni.
Siapa salah siapa betul bukan lagi persoalan.
Kerana kita masing masing sudah sampai ke destinasi.
No comments:
Post a Comment