Saturday, May 26, 2012

Boy or Girl?

 

Sudah banyak barang baby yang kami shopping.
Cuma tinggal beberapa barang yang memang tak boleh nak shopping sebab nak decide colour.
Even dah bagitau encik suami, tak kesah colour pape pun sebab nak beranak bukan sekali jek:p




Actually, I dun care girl or boy.
As long as baby lahir dengan selamat, sihat dan sempurna segala galanya. Amin. Itulah doa di setiap kali solat dan sujudku.




Kadang-kadang rasa macam tak mahu tahu boy or girl.
Macam nak surprise sampai la hari baby di lahirkan.




Actually, bukan nye terlalu over excited nak shopping hingga seawal 4 bulan kehamilan sudah mula shopping itu dan ini. Tapi sebab kena buat perancangan keewangan awal, so semuanya kena bermula awal.
Gaji kami berdua bukan lah banyak, hingga segala keperluan boleh di penuhi serentak.
So, budget untuk baby, budget untuk hari raya, budget untuk road tax kereta, budget untuk kenduri kesyukuran, dan pelbagai budget lagi perlu di rancang awal.





Belum lagi masuk benda yang tiba-tiba nak pakai duit macam kereta rosak ke, atau emergency apa-apa yang kita tak tahu.
So, masa tengah lapang sikit ni lah segalanya perlu di siapkan awal.
Malah encik suami takut bila sudah sarat nanti aku lak tak larat untuk ke sana sini shopping.



Semoga segalanya berjalan lancar.
Boy or girl, dua-dua di terima dengan kesyukuran yang tak terhingga pada Ilahi.



Next week sudah masuk 6 bulan kehamilan.
Semoga saat indah ini di lalui dengan penuh ketabahan, ketenangan dan kebahagian.
Amin
 

No comments: