Selepas menahan kecur mulut gara-gara ngidam laksa lemak kelantan, akhirnya harini keinginan itu tertunai.
Alhamdulillah.
Sampai je di Kelantan terus bagitau mak suruh buat laksa lemak.
Memang selama ni kalau makan laksa lemak kelantan, memang akan makan yang mak masak sebab saya tak suka makan yang di beli.
Ni la laksa lemak kelantan. Kuah dia di perbuat dari ikan juga.
Di makan dengan ulam, sambal, dan ada yang tambah belacan sedikit.
Ni nama dia etok. Tak tahu la bahasa lain panggil apa sebab tak pernah jumpa kat tempat lain.
Ni la makanan yang memang aku nak suruh en suami try.
Sebab rasa dia memang sangat sedap.
Selalu di makan dengan laksa dan nasi kerabu.
Tapi ada juga yang makan dengan nasi lauk biasa.
Alhamdulillah.
Banyak lagi list makanan yang belum di makan.
Baru 2 yang lepas.
1. Nasi kerabu inang - nasi kerabu paling best di wakaf bharu
2. Laksa Lemak Pn Masitah
Yang lain, insyaallah akan di penuhi dalam masa seminggu ini.
Cuma agak risau sebab baru 2 hari di rumah, berat badan sudah naik 1 kg.huhuhu....


No comments:
Post a Comment