Sekarang ni sibuk di facebook orang duk post pasal durian crepe. Dah macam demam durian crepe.
So, mula proses pembuatan durian crepe walau mama `umar still dalam pantang.
Tapi mama `umar tak buat kerja berat, yang berat di bantu oleh adinda syirah.
Meh mama `umar share resepi durian crepe. Senang sangat sangat. Buat sendiri tak payah beli. Kalau kat luar jual RM10 untuk 6 keping. Kalau di midvalley tu harga lagi mahal.huhuh
Bahan Bahan untuk Kulit:
1. 250 g tepung gandum
2. 250 ml santan + 250 ml air
3. 3 biji telur
4. Essence vanilla
5. Pewarna
6. Sedikit garam
7. 1 sudu butter yang di cairkan
( Blend semua bahan bahan hingga sebati)
Bahan inti:
1. whipping cream + gula ( pukul sampai kembang )
2. isi durian ( lenyek sampai lumat )
Goreng kulit dan biarkan sejuk sebelum di letak inti dan gulung. Simpan dalam peti selama 2-3 jam sebelum makan. Jangan simpan lama-lama sebab nanti kulit keras.

Tepung yang di blend dan di letak pewarna kuning
Ni contoh kulit yang da siap goreng. Tak perlu terbalikkan semasa goreng. Cukup goreng sebelah sahaja.
Letak inti whipping krim yang di pukul. Letak banyak sikit baru sedap.hehehe
Kemudian letak durian di atas whipping krim.

Lipat ikut suka hati bentuk cemana.hehehe
Tadaa. Siap untuk di simpan di dalam peti.
Nak bagi cantik letak dalam kertas cmni.




No comments:
Post a Comment