Ramai yang tertanya tanya kenapa saya di tahan di HUKM sampai 5 hari.
Actually, `Umar di sahkan penghidap G6PD pada hari kelahirannya.
Apa tu G6PD?
G6PD ( Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase ) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan.
Kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.
Ia adalah fenomena keturunan yang di alami oleh bayi lelaki. Kalau bahasa kampung ni orang yang ada G6PD ni macam ada alahan. Dia alah pada beberapa jenis ubat dan paling pantang ialah makan kacang parang.
Pada 5hb Oct, doktor datang bagitau saya dan umar perlu di tahan di wad hingga hari ke 5.
Sebab baby G6PD ni kalau kena jaundice dia akan terus kena tinggi pada hari ke 5.
So, doktor nak kena pantau `Umar hingga hari ke 5.
Setiap hari doktor bahagian kanak-kanak akan datang untuk memeriksa `umar.
Dan nurse akan datang ambil umar setiap pagi untuk di ambil darah. Dari katil saya akan dengar suara tangisan `Umar. Dan sebagai ibu, saya juga menangis di katil keseorang.huhuhu..
Lagi-lagi apabila nurse yang buat kerja tu macam tak expert sangat.
dah la siap tipu saya lagi.huhu
Pada hari ke 5 nurse datang ambil umar untuk diambil darah.
Dari jam 8,30 pagi sampai 12.30 tengah hari.
Bayangkan betapa lamanya baby di ambil tanpa di beri susu ibu.
Bila nurse datang hantar, saya tengok di beg baby penuh dengan darah.
ada kesan darah di beg yang macam dah di lap tapi still tak hilang.
Bayangkan hati seorang ibu bila lihat darah di beg anak.
pukul 2 pm nurse datang lagi bagitau nak ambil darah.
Katanya yang pagi tadi tak ambil lagi sebab doktor tak de.
terus saya bagitau takkan tak ambil darah lagi sebab di beg baby dah penuh darah.
barulah nurse bagitau " kalau hari ke 5 memang kita akan ambil darah banyak sket puan"
emmmmmm
Alhamdulillah dari hari pertama lahir hingga hari ke 5, `Umar tidak di jangkiti kuning.
Mungkin betul petua amalan minum susu kambing sepanjang kehamilan dapat mencegah dari jangkitan jaudice. Lagipun `umar sangat sangat kuat menyusu. Alhamdulillah susu saya juga banyak. Kesian bila dengar ada ibu merayu pada nurse untuk bagi susu formula pada baby pada hari pertama baby di lahirkan kerana tiada susu ibu.
cukup 5 hari di wad, kami di benarkan keluar.
yeaaaaaa
yeaaaaaa
ni souvenir dari hukm untuk baby `umar



2 comments:
he3...informasi berguna...moga sihat geng...
moga baby sihat geng, info pun berguna...he3
Post a Comment