Wednesday, October 15, 2014

Blind Murah

Yeaaay esok dah khamis.
Hari hari menghitung hari untuk weekend.


Harini mama umar nak share benda yang mama umar suka sangat sangat.
Suka bukan sebab apa.
Sebab dapat barang murah.
Sape tak suka barang murah kan?



Sebelum ni,sejak duduk rumah baru ni, tingkap dapur masih tak de langsir.
So, mama umar sangkut je langsir yang ada.
Kesannya, tingkap tak leh bukak takut langsir jatuh.
Bila part goreng goreng, abesla semerbak bau 1 rumah.

Ni la keadaan tingkap dapur rumah mama umar.
Hahahah...
Teruk kan.



Tiap kali gi survey blind, mak ai harganya ratus ratus.
Paling mahal yang kitorang jumpa RM 260.
Kalau di Nilai 3, dapatla RM180 paling murah.
Ada cikgu sek beli RM100 je , tapi tu pakej dia amek skali langsir untuk 1 rumah.
Bila mahal, hasrat tertangguh je.





Harini....
Abah umar balik kerja tibe2 bawak balik blind.
Wah!!!! Shopping tak ajak mama umar.
Katanya blind tu harga RM67++ je.
Apa lagi grab terus.
Memang sebelum ni kitorang ada jumpa harga dalam RM70 gak tapi saiz kecik sikit dari tingkap rumah.
Tup tup abah umar jumpa yang murah RM67++ je.
Yeaaaayyyy!!!!
Material sama je ngan yang harga ratus ratus tu.
Bezanya, ni 1 kaler and tak de batang cantik untuk laraskan. 
Ala apa kesah kan benda tu .


 Ni blind yang abah umar beli.
Nanti dah pasang mama umar share pic before and after.
Poyo je!!


Nama kedai tempat abah umar beli tu Ace Hardware kat mines.
So, siapa siapa cari blind murah boleh la ke sana.

No comments: