Wednesday, October 15, 2014

Blind Murah

Yeaaay esok dah khamis.
Hari hari menghitung hari untuk weekend.


Harini mama umar nak share benda yang mama umar suka sangat sangat.
Suka bukan sebab apa.
Sebab dapat barang murah.
Sape tak suka barang murah kan?



Sebelum ni,sejak duduk rumah baru ni, tingkap dapur masih tak de langsir.
So, mama umar sangkut je langsir yang ada.
Kesannya, tingkap tak leh bukak takut langsir jatuh.
Bila part goreng goreng, abesla semerbak bau 1 rumah.

Ni la keadaan tingkap dapur rumah mama umar.
Hahahah...
Teruk kan.



Tiap kali gi survey blind, mak ai harganya ratus ratus.
Paling mahal yang kitorang jumpa RM 260.
Kalau di Nilai 3, dapatla RM180 paling murah.
Ada cikgu sek beli RM100 je , tapi tu pakej dia amek skali langsir untuk 1 rumah.
Bila mahal, hasrat tertangguh je.





Harini....
Abah umar balik kerja tibe2 bawak balik blind.
Wah!!!! Shopping tak ajak mama umar.
Katanya blind tu harga RM67++ je.
Apa lagi grab terus.
Memang sebelum ni kitorang ada jumpa harga dalam RM70 gak tapi saiz kecik sikit dari tingkap rumah.
Tup tup abah umar jumpa yang murah RM67++ je.
Yeaaaayyyy!!!!
Material sama je ngan yang harga ratus ratus tu.
Bezanya, ni 1 kaler and tak de batang cantik untuk laraskan. 
Ala apa kesah kan benda tu .


 Ni blind yang abah umar beli.
Nanti dah pasang mama umar share pic before and after.
Poyo je!!


Nama kedai tempat abah umar beli tu Ace Hardware kat mines.
So, siapa siapa cari blind murah boleh la ke sana.

Saturday, October 11, 2014

2 Years

Ok. Umar dah 2 tahun.
And of course misi mama umar untuk bf 2 years tercapai!!!!
Yeaaaaaayyy!!!



And umar juga dah stop bf masa umur tepat 2tahun.
Allah makbulkn doa mama umar.
Patutla bila nak stop sebelum 2 tahun punya la susah.
Mungkin sebab dari dulu dah niat nak bf 2 years.
Cukup 2tahun umar dah boleh faham yang mama takkan bagi nenen lagi.


Syukur sebab umar tak demam.
Tak nangis malam malam.
Hanya gelisah bangun tidur bangun tidur sebab gian nak susu.
Lastly, tidur balik dengan sendiri.
Bila bangun pagi mintak air milo (nama panggilan untuk susu coklat)...dah tak mintak "nak nenen"....






Sekarang,mama umar rindu sangat saat menyusukan umar.
Dia akan baring atas badan dan peluk sambil nyusu.
Ya Allah, cepatnya 2 tahun itu berlalu..
(Tibe tibe lak mengalir air mata tulis entry ni sebab terbayang saat menyusu umar"...
And, sampai mati mama takkan dapat nyusukan umar lagi.
Kenangan terindah bersama anakanda umar akan mama ingat sampai bila bila.


Wednesday, October 8, 2014

House of Leather SALE!!!!

Semua tahu barang house of leather walau kecik gile pun dah ratus ratus.
Tadi house of leather midvalley buat sale hingga 50%.
Apa lagi penuh orang duk pilih barang especially beg travel yang besar.
Nak beli time tak sale memang tak lak harga boleh sampai ribu ribu.
Huhuhuh

Ni beg yang mama umar pilih.
Colourful kan.
Tak pela sebab beg yang sedia ada colour coklat.
So kali ni beli yang colourful lak.hehehe

Masa ngah tunggu umar main game, tengok orang arab kat sebelah beli beg yang sama.
Mula mula mama umar nak pilih yang pink ni tapi cancel sebab tak cukup fancy.hahaha


So...
Travel mood dah di aktifkan.
Abah umar, please bertindak cepat seperti yang dirancang.
I know u read my blog,right...heheh

Aiskrim ikan

Aiskrim ikan ni fav abah umar masa kat korea.
Walau suhu -7 pun makan aiskrim .
Asal keluar nak jalan or masa nak balik hotel mesti nak beli aikrim ni.

Tadi masa mama umar jalan jalan kat Midvalley terjumpa aiskrim ni.
Bukan main excited abah umar.
Harga RM6.90 .
Agak frust sebab tak de lak susu pisang fav mama umar.
 Huhuhu

Masa kat korea dulu tak bagi pun umar rasa sebab sejuk.
Takut batuk.
Tadi bila dia rasa mak ai terus dia makan sorang sorang.
Tak bagi langsung mama ngan abah nak rasa.huhuhu


Aidiladha 2014

Alhamdulillah aidiladha tahun ni sangat sangat meriah sebab semua sepupu and aunties uncles ada .
Selalu mesti ada yang tak dapat balik.
Paling meriah waktu malam lepas solat jemaah kami takbir beramai ramai di rumah.



Walau semua balik kampung bab bergambar tak pernah berjaya.
 bila sesi nak bergambar je mesti tak xcukup ahli sebab golongan tua tua dah rushing untuk korban lembu.
Tinggal la golongan tak berapa tua ni yang sempat bergambar.

Nampak tak sibuk nak ke tempat lembu walau dah ready nak gambar.

So, ini je la yang tinggal.Abaikan umar yang tidak berbaju melayu gara2 mama rushing sampai tertinggal baju umar.huhuhu





Part paling best raya haji ialah semua orang akan sibuk.
Sangat sibuk dengan tugas masing masing.
Dan pada masa tu pandai pandai la sibukkan diri.
Kalau tak pandai buat kerja dapur, tolong cuci pinggan pn ok.hehehe




Macam mama umar and geng2 sepupu yang umur 20-30 kitorang akan ambil part cuci pinggan,potong bawang and daging.
Tu je...
Baba masak semua makcik makcik yang otai.
Bayangkan selalu korban 1 lembu, dan jemputan 1 kampung, dalam masa 2 jam selepas daging lembu sampai nak kema proses masak untuk 1 kampung.
Nenek mama umar lak jenis by hook or by crook lepas zohor semua mesti siap.huhuhu




Masa tu la kelam kabut nak asingkn bahagian untuk sedekah, bahagian untuk masak, bahagian untuk diri sendiri.
Siapa dapat bahagian urus perut lembu paling kesian sebab proses bersih amat lama.
Hehehe


Alhamdulillah abah umar dah pandai buat kerja kampung ni.
Mula mula nampak kekok gak.
Tapi mama umar dah pesan awal awal apa yang patut dia tolong.



Malamnye pulak sama sama bakar satay.
Bab ni serah je kat anak bujang.
Kita tukang makan je.

Mama umar ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua.
Apa korban korang tahun ni?

Thursday, October 2, 2014

Ipoh mali

Terbayang bayang lagi percutian ke Lost World of Tambun awal tahun haritu.
Best sangat sangat.
Ipoh memang banyak tempat menarik.





Next target, nak cuti cuti ke ipoh lagi.
Bila tengok ada kawan stay kt sini tengok gambar dia cantik sama macam dalam internet terus wasapp abah umar.
Abah umar kalau bab jalan jalan on terus.



Ipoh just nice.
Tak jauh sangat.
So tak de la penat atas jalan.

Korban ku...

I dun know how to start my entry this morning..
Feeling sayu sebak gitu.
Rasa macam baru buat pengorbanan terbesar dalam hidup.
Hanya dengan merendahkan ego, buang dendam dan kebencian, aku memohon maaf pada seorang musuh lama ku.
Walau dulu dia yang membuat onar hingga dendam dan kebenciaan ku bertahun tahun ku pendam, tapi aku berjaya buang semuanya.








Setahu ku, aku tak de gaduh dengan sesiapa di dunia kecuali dia.
Setahu ku, hanya dia musuhku.
Lega rasanya bila kita yang mulakan maaf.
Walau bukan salah kita.
Aku tahu dia tahu salahnya.
Kalau tak kenapa dia melarikan diri semasa konvo...
Kalau tidak kenapa dia left group wsapp kawan kawan upm kami...
Kalau tidak kenapa dia menolak untuk bersemuka semasa kami perang besar dulu...
Aku pegang prinsip, berani kerana benar.
Orang yang takut berdepan adalah orang yang bersalah...





Tapi apa guna gaduh lama lama.
Masing masing dah tua bangka.
Tak de untung pun.







Aku tak dapat bayangkan kalau mati sebelum meminta maaf.
Besar rasanya korban tahun ni.
Bertahun tahun syaitan menghasut agar teruskn dendam dan jangan jalinkan silaturrahim.






Kepada sahabat lama ku itu...
Aku harap agar silaturrahim akan terjalin selepas ni.
Siapa salah siapa betul bukan lagi persoalan.
Kerana kita masing masing sudah sampai ke destinasi.