Monday, June 16, 2014

First Day after School Break

Entry macam cuti lama sangat kan.
Memang lama pun 3 minggu.



Harini, saat ini jam 12.35 pagi, tinggal mama Umar sorang sorang terkebil kebil tak boleh tidur lagi.
Masa ni baru siap jadual waktu kelas yang sepatutnya siap minggu pertama sekolah.hahaha
Nampak tak tahap kemalasan saya tahun ni.




Jadual bertugas murid tak buat lagi.
Dalam proses. Tiba tiba lak malas.
 
 
 
 
Harini semangat je mengajar anak anak murid.
Harap masuk la dalam kepala mereka especially anak anak LINUS ku di 1 Ikhlas.
Setiap hari mama Umar doakan moga Allah bantu anak anak ini agar mudah menerima apa yang diajar.
Bila tak sibuk, tenang je mengajar.
Bukan tak sibuk, tapi tak fikir sangat hal hal merepek kat sekolah tu.
Bila agaknya, cikgu boleh mengajar tanpa fikir macam macam kerja yang merepek.
 
 
Actually nak share pasal penyusuan ibu.hahaha
Tak habis lagi bab susu ibu ni.
Dah ramai duk pesan suh stop je susukan umar sebab dah 1 tahun 8 bulan. 
Gigi dah penuh.
Memang kadang kadang rasa rimas gak bile Umar asyik nenen je.
Tapi saya selalu tanam dalam hati, hanya saat seketika ini je anak nak menepek ngan kita.
Hanya 2 tahun ni je dapat tidur peluk peluk sambil mata dia tengok kita sambil menyusu.
Ya Allah indahnya perasaan tu.
Tak tahu macamana nak explain, actually Mama Umar sendiri tak pernah ready untuk lepas susu Umar.
Umar berhak dapat hak dia.
Inilah yang mama umar tanamkan sejak dalam kandungan, kenapa nak berhenti di tengah jalan.
Hanya ada beberapa bulan je lagi untuk cukup 2 tahun.
Menyusu kan anak selama 2 tahun ,seorang ibu dapat pahala jihad.
Kenapa besar sangat pahala yang Allah bagi?
Sebab bukan senang .
Semua perlukan kesabaran.
 
 
 
 
 
 
BIla malam, kadang kadang lenguh 1 badan bila terpaksa mengiring je badan bila anak nyusu.
BIla terlentang, umar lak naik tidur atas badan.
Dengan badan dia dah berat, senak perut mama.
Tapi tak pela sayang.
Hanya saat ini je.
Hanya 2 tahun ini je mama dapat rasa indahnya saat menyusukan Umar.
 
 


OK.
Fine.
Mama Umar dah touching bila fikir saat bersama anak.
Cepatnya anak membesar.
Janganlah kita sibuk dengan teknologi hingga lupa anak sedang membesar.
Hingga kita tertinggal banyak memoment bersama anak.
Setiap saat, ada saja perkara baru yang menggelikan hati yang dipelajari oleh anak.
 
 
Dah kelaut.
 

Wednesday, June 11, 2014

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Sisa sisa cuti berbekal beberapa hari lagi.
Mama Umar mula nak meneroka setiap makanan best di Kelantan.
Tak sabar rasanya nak tunggu en suami tercinta bercuti di Kelantan lama sikit nak bawak en suami jelajah setiap pelosok di Kelantan.



Mama Umar dah Che Long Umar nak bawak family makan goreng goreng santai petang di PCB.
Jarak PCB dari rumah mama Umar dalam 15km plus minus.
Kat sini tersohor dengan makan goreng celup tepung.




On the way ke PCB ada banyak gerai.
1 gerai yang glamour ialah gerai air teh tarik madu dan gerai sup kepala ikan.
Mama umar sendiri pun tak pernah singgah kedai yang dimaksudkan.
Cuma dengar dari mulut orang je.



Kat PCB ni terlalu banyak gerai yang memang jual benda yang sama iaitu goreng celup tepung.
So, kalau korang nak makan, pilih je mana mana kedai yang nampak bersih sebab menu semua sama.




 jangan risau tentang makanan ni.. walau dah di goreng, lepas korang pilih, makanan ni akan di goreng lagi sekali. So, tak de masalah makan makanan sejuk:)
 hah...nampak tak udang ngan ketam tu...hehehe

 makanan ni akan di potong kecil kecil.


 Pantai PCB ni dah terhakis teruk.
Dulu sempat lagi mama Umar mandi manda kat sini.
Sekarang dah tak de pantai, kerajaan negeri buat tebing dengan batu besar ni.
Walau tak boleh mandi, tempat ni sangat sesuai dan tenang untuk tenangkan fikiran sebab air lautnya bersih walau kebanyakkan pantai di Kelantan memang tercemar.

 Gambar Umar yang paling Mama Umar suka!
Nampak dah besar sangat dah anak mama ni.

 Kalau singgah kat sini jangan lupa beli etak gergasi ni.hahah
Ada juga jagung rebus dan satay ikan serta produk batik.

Kat sini la Umar belajar sebut Wau.
Tu pun sebab ramai duk sebut wau .
Tak sempat mama Umar nak ajar "kite"
hahaha


Ok.
Alhamdulillah.
Kempunan nak makan goreng celup tepung dengan sos sedap tercapai juga.
Abah Umar, mama Umar janji nanti I bawa u datang sini lagi.
Last datang hari ke 2 selepas akad nikah kan.heheh

Monday, June 9, 2014

Pulau Mabul, Semporna Sabah


Pulau Mabul terletak di Semporna Sabah.
Antara pulau yang cantik dan digemari oleh divers.
Dulu mama Umar ada geng geng yang memang suka berjalan.
Selalunya mama Umar lah yang jadi kepala organise segala plan tiap kali geng kitorang pergi bercuti sampai kawan selalu panggil rombongan cek rose.
Di sebabkan untuk ke Pulau Sipadan sangat leceh prosedur dia, so kami decide untuk ke Pulau Mabul.
Masa ni mama Umar tengah belajar di IPG Tawau.



Mama Umar mula buat booking untuk van, chalet and buat tentatif sepanjang percutian kami selama 2 hari 1 malam. hahaha..2 hari je.
AJK di agih agihkan .
Ada yang kena ajk makan, so kena handle makan.
kami bernasib baik sebab antara geng kami ada sorang orang Semporna.
Kitorang panggil DD.
So,papehal boleh rujuk kat dia sebab dia lagi arif.


Actually banyak peristiwa lucu time ni.
Tapi biarlah kekal dalam lipatan ingatan kami 1 geng.hehehe
Nak ke Pulau Mabul senang je.
Dari airport Tawau ,better ambil van terus ke Semporna.
Lagi murah.
Perjalanan makan masa dalam 1 jam lebih je.



Tempat penginapan kat sini banyak. Tapi paling glamer orang panggil floating.
Mama umar pun dah lupe apa nama resort ni.
Betul betul tepi laut dan betul betul atas laut.
Ni kat semporna lagi tau belum lagi sampai ke pulau mabul.
Selalu orang akan bermalam kat sini dulu sebelum ke mabul keesokkan hari.



Chalet dia atas laut. Korang leh tengok mula mula korang atas laut , bila bangun pagi tengok dah kat atas darat. leh terasa sangat fenomena pasang surut air laut.



Ni mula mula turun van.

Ni kat pintu masuk chalet yang kitorang book.
Sebelum lupa, kalau datang ramai leh book dorm.
Dalam 1 dorm boleh muat 20 orang, katil 2 tingkat.
Toilet kat luar, tapi jangan risau korang leh lepak depan dorm sambil mancing. dan toilet pun sangat sangat best.


Nampak tak antara bilik yang ada kat belakang kitorang.
Ni pagi sebelum bertolak ke Pulau Mabul.
Kenapa tak ke sipadan sedangkan untuk ke sipadan just tambah beberapa minit je.
Sebab untuk ke sipadan, korang kena booking beberapa bulan awal.
Dan kena ke sana dengan iringan polis.
Dan ada kuota hanya beberapa orang sahaja di benarkan berada di sipadan untuk satu satu masa.
Ni sebab kes penculikkan abu sayaf dulu.

Sempat tidur dulu atas bot sebab perjalan makan masa dalam 30-40 minit.( kalau tak silap)
Dah lupe.

Jangan risau, masa korang mandi bot akan tunggu sampai la korang puas mandi.hehehe
Kat Pulau Mabul ni memang cantik.
Sebab pasir dia sangat putih dan halus.
Kat sini ada resort lagi tapi of course sangat mahal.
Dan ada juga sekolah dan penduduk kat sini.
Leh beli produk yang penduduk kat sini jual .


Pemandangan di Pulau Mabul.


* Abaikan muka kami semua yang hitam sebab 2 hari sebelum ke sini kami semua berenang di Borneo Paradise, Lahad Datu selama 3 jam..atau lebih 3 jam..errkkk...semua muka burn gile!

Lost World Of Tambun

A short and quick family gateway.
Actually ni dah lama, mayb dalam March or end of February.
Weekend biase je.
Sabtu Ahad.
En suami asyik tanya "weekend nak gi mana?"
Mama Umar lak jenis pantang bila orang tanya nak jalan mana.
Terus online and book hotel.
Then wsapp abah umar cakap kita jalan jalan ke Ipoh.





As a parent bila nak jalan jalan mesti kita akan fikir tempat yang best untuk anak anak.
So, Mama Umar decide nak gi Lost World of Tambun.
Ni kali ke 3 gi Lost World of Tambun.
Tapi feeling nye lain bila kita gi dengan suami dan anak.
HANYA SUAMI DAN ANAK!
hehehe


Kami booking hotel online and dapat diskaun.
urusan check in kat Lost World Hotel ni memang terbaik.
Kejap je dah boleh masuk bilik.


Terkejut dapat bilik besar.
sangat sangat besar sebab ada 2 toilet.
Umar pun siap leh lari lari dalam bilik.
Kalau datang ramai ramai bawak toto sesuai. Sebab antara katil dengan ruang lagi 1 boleh tutup dengan sliding door.

Lepas check in dan rest kejap kami terus masuk ke water theme park.
Dapat diskaun untuk 10 orang lagi pada tarikh yang sama.
Mana nak cari lagi 10 orang dalam sekelip mata kan.hehehe
Untungnya kalau duduk hotel ni, dapat tiket free untuk hot spring pada waktu malam.


Lost world ni memang cantik dan rasa sejuk je sebab di kelilingi hutan dan bukit serta gua batu kapur.
Walau tiket agak mahal, tapi rasanya sangat reasonable sebab kat dalam tu ada banyak lagi tarikkan lain.
ada pertunjukkan haiwan. siap boleh tengok depan mata tanpa pagar lagi ok.

boleh naik keretapi yang disediakan untuk ke bahagian lain.
Ada tempat perlombongan biji timah lagi kat dalam ni.
Ada tasik.
Ada kawasan macam untuk flying fox dan banyak lagi.
Memang tak cukup masa nak round sebab besar sangat.
So, datang la pagi pagi lagi ye.


Bila dah petang leh nikmati kopi ipoh dengan telur masak separuh dan roti bakar di restoren bawah gua batu kapur.Best!
 
Mama umar pun naik gajah ni. Tiba tiba je ada orang biji timah offer diri untuk tolong
ambil gambar.Tapi gambar dia ambil tak lawa.hihihi

 



 siapa rajin nak kayuh benda ni leh try.
Mama umar dah penat main air tak kosa nak naik benda ni.heheh


 Ni antara paling best dan paling sesuai untuk anak anak.Petting zoo!!!
Semua haiwan jinak jinak kita leh dekat, leh pegang. Semua tak bersangkar. Even burung pun sangat banyak mengalahkan burung di zoo negara.
Paling best time bagi makan.
Dengan keadaan zoo macam betul betul dalam hutan, memang sangat sangat best.
Kitorang round cepat cepat je sebab dah nak gelap.
Risau gak bawak umar dalam hutan bila dah nak gelap.

Ni antara hot spring.
Kitorang rendam kaki sebelum balik.
Lepas semayang magrb, terus siap siap masuk balik ke sini untuk hot spring waktu malam.
Lucky sebab Umar tidur atas stroller time tu, so mama Umar dengan abah Umar berendam dalam kolam sepuas puasnya.
Abah Umar siap masuk dalam gua ala ala bilik wap.
Leh tengok gambar hot spring kat website LOst World, memang korang akan teruja la nak datang.hehehe
Jangan risau, hot spring pada waktu malam sangat sangat happening dengan lampu semua.



Ok.
Itu saja untuk entry Lost World Of Tambun.
hehehe.

Sunday, June 8, 2014

Kopitiam Kita, Kota Bharu

Selalu tengok orang buat entry pasal makanan best.
Kelantan memang terkenal dengan makanan best lagi lagi part breakfast.
Harini mama Umar nak share tempat breakfast yang terkenal di Kota Bharu.


Nama kedai ni Kopitiam Kita.
Kalau nak ke sini senang je.
Bukak waze, type Kopitiam Kita.
Memang terus jumpa.hehehe


Lepas mama Umar post di FB pasal ni, ada kawan cakap kedai ni pernah masuk Majalah 3.
Mama Umar memang jarang sangat sangat tengok Tv3 kecuali drama.heheh
So, memang mama Umar tak tahu pasal ni.
Tapi kedai ni memang glamour di kalangan penduduk sekitar Kota Bharu.



 

Jarak kedai ni dari rumah mama Umar, dalam 15minit kalau tak jem.
Sekarang sejak jambatan baru dah siap, memang dah tak jem kalau nak ke KB.
Apa yang special nya kedai ni?




1st, kedai ni ada semua jenis nasi berlauk yang glamour kat kelantan.
Orang Kelantan memang terkenal dengan breakfast yang heavy.
Memang tak sah kalau breakfast tak makan nasi berlauk.
Actually nasi nasi yang ada kat sini semua ada kat Pasar Wakaf Bharu dengan harga yang jauh lagi murah.
Tapi sekali sekala nak cari kelainan, apa salahnya kan kita breakfast kat tempat lain.




deretan nasi berlauk yang ada.
Just pilih and makan.
Bayar lepas makan.

Gambar orang orang kenamaan dan artis yang pernah makan kat sini.

Nasi Lemak Wakaf Bharu.
Mama Umar pun tak try sedap ke tak.
hahaha


Menu wajib bila ke sini.
Roti titab yang sangat sedap.
Rasa macam ommelete je, bezanya telur separuh masak letak kat atas roti macam tu dengan kaya yang dibuat sendiri.
Bagi mama Umar, memang sedap.


Nasi Tumpang.
Glamour konon.
Mama umar pun 1st time try.
And tak kena dengan selera sebab nasi dia jenis lembik.
Mama umar memang tak leh makan nasi lembik ni.


Ni Nasi Orang Tumpat nasi favourite mama umar sejak kecik.
Harga kat Wakaf Bharu lagi murah :)
Nampak simple kan, tapi memang sedap.
Kalau tak sedap kenapa boleh bertahan berpuluh puluh tahun dan siap di eksport ke KL setiap pagi menaiki flight.


Ok.
Itu saja entry jalan jalan cari makan di Kota Bharu.
hehehe




Friday, June 6, 2014

Raya Dah Dekat!!!

Ni raya tahun lepas nye gambar.
Rasa macam baru je raya kan.
tup tup dah nak raya.




Tahun ni turn raya di Tangkak.
Mama Umar tak buat persiapan apa apa lagi sebab sibuk pindah rumah.
Tapi alhamdulillah shopping baju raya Umar dah settle.
Tapi rasanya nanti time shopping baju raya abah umar, baju umar mesti beli lagi.




Kalau tahun sebelum ni biskut raya pun dah settle order.
Tahun ni tahun penjimatan sebab tengok biskut raya tahun lepas pun buang camtu je.
Baju raya mama umar, 1dah hantar jahit bulan 2 lagi.
Tapi rasanya mesti tak siap.
Tapi sebab kain kesayangan, sanggup hantar kat tailor tu walau tau memang susah nak siap.heheh




Tak pe lah.
Tahun ni macam nak raya ala kadar je.
Baju kurung pun banyak beli tahun ni.
So, pakai je la mana ada.
 ( ye ke ni.. boleh caye ke)
hihihi

My CAR!!!

Hangin tak bila orang cakap " bawak kereta laki tak pe la" or " ni kereta husband ek"



Hello..
Kereta yang I drive ke sekolah everyday is my own car!
Not my husband car.
I paid the deposit.
Bayaran bulanan pun aku yang bayar FULL since 1st month until now!
Deposit aku kumpul sejak tahun pertama aku kerja.
Gaji aku kat sabah dulu tak banyak pun. Tapi untuk kumpul 1k sebulan tu untuk bayar deposit kereta mampu.
Malah berlebih lebih lagi duit aku kumpul masa kerja kat sabah dulu.
Sempat lagi tolong family renovate rumah untuk kenduri kahwen.
Housemate aku tiap tiap bulan teman aku gi asb masukkan duit 1k.
( ye..tak banyak pun 1k. korang leh simpan 2 3k sebulan kan)
Road tax and insurans setiap tahun pun aku yang bayar.


Eh, gaji cikgu DG41 tak lah banyak, tapi setakat nak bayar kereta yang aku pakai tu tak perlu duit laki pun.
Banyak lagi balance lepas bayar kereta untuk keperluan lain.
So, kereta aku pakai tak mahal pun.
Cukup untuk cikgu DG 41 macam aku.




Tiba-tiba aku hangin je harini pasal kereta ni.
Tu baru pakai kereta sedan 1.5.
Belum aku pakai jet peribadi.
hahaha




Aku bukan jenis suka nyusahkan laki bab bab keewangan ni.
Dia pun ada kereta and motor yang dia kena bayar bulan bulan.
Hah..
ko tak tahu eh laki aku pun ada kereta.
hahaha
so, jangan main sembang sebarangan je.


Pengajaran dari cerita ni : tolong lah dan tak perlu nak cakap pasal harta orang.
dia nak beli apa ke.
dia nak gi jalan mana ke.
dia nak makan ape ke.
tu rezeki allah bagi kat dia.
Sekali lagi aku cakap, tu kereta aku!!!!